Sunday, January 9, 2011

REMAJA 16 TAHUN "DIKENDURI" PAKCIK DAN DATUK

بسم الله الرحمن الرحيم



KUCHING: Harapan seorang remaja untuk menumpang kasih di rumah datuknya selepas ibu bapanya bercerai berakhir dengan mimpi ngeri apabila dia bukan saja dijadikan ‘santapan’ lelaki bernafsu haiwan, malah bapa saudaranya turut ‘tumpang sekaki’ dengan merogolnya sehingga hamil.

Lebih mengejutkan, dalam kejadian di sebuah rumah di sini, datuk mangsa berusia 57 tahun dan bapa saudaranya turut dipercayai meratah dua lagi adik- beradik mangsa, sebelum kedua-dua suspek itu ditahan kelmarin.

Difahamkan, tiga remaja berkenaan terpaksa tinggal di rumah datuk selepas ibu bapa mereka bercerai beberapa tahun lalu dan sering dijadikan hamba seks dua lelaki jahanam itu.

Tembelang kedua-dua suspek berperangai haiwan itu terbongkar selepas ibu mangsa menyedari perubahan pada tubuh anaknya berusia 16 tahun itu lalu membawanya ke hospital untuk pemeriksaan.

Wanita itu terkejut apabila pemeriksaan mendapati remaja berkenaan hamil sebelum membuat laporan mengenai kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, laporan diterima daripada keluarga mangsa mengatakan remaja itu dirogol sehingga hamil.

Katanya, susulan laporan itu polis menjalankan siasatan sebelum menahan suspek dan bapa saudaranya berusia 34 tahun kira-kira jam 6 petang pada hari laporan dibuat.

“Penahanan mereka dibuat berdasarkan laporan diterima mangsa dan polis masih menjalankan siasatan untuk membolehkan kedua-dua suspek didakwa atas kesalahan dilakukan.

“Setakat ini, polis hanya menerima satu laporan iaitu daripada mangsa, manakala laporan berhubung dua lagi adik beradiknya yang turut menjadi mangsa belum diterima,” katanya.

“Polis akan mendapatkan perintah reman untuk kedua-dua suspek dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.” katanya.

Difahamkan, mangsa kini ditempatkan di rumah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak sebagai perlindungan sementara. - [HM]


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

6 comments:

  1. Dlam Dunia Hiwan Tiada Manusia, dlam Dunia Manusia penuh Haiwan lakhnat!!

    ReplyDelete
  2. aduhai macam2 skrg ni

    ReplyDelete
  3. Kalau WALI pun sanggup buat ??macam mana dengan orang lain yang tiadak ada kaitan pasti lebih BERANI buat lagi!

    ReplyDelete
  4. salam..
    sampai bila masalah teraniaya ini akan berterusan..
    masa depan golongan perempuan kini terancam..........

    ReplyDelete
  5. hurm :|
    manusia semakin tak waras....

    ReplyDelete
  6. Salam. Dalam banyak2 kesalahan manusia, kesalahan yg satu ni bagi sy paling jahanam! Datuk dan ayah saudara sendiri meratah mereka tnpa perasaan??? Ya Allah, mdah2n mereka dlaknat d dnia dan d akhirat, smoga slpas ni tmbul kkesalan yg amat besar shngga insf!

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.