Tuesday, January 25, 2011

PERKASA YANG MANJA

بسم الله الرحمن الرحيم



The Malaysian Insider pagi tadi melaporkan, Perkasa menyokong desakan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria supaya presiden MCA agar memohon maaf kepada umat Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam wanita Islam - calon PAS dalam kempen pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang.

“(Datuk Seri Dr) Chua Soi Lek diingatkan dalam kempen MCA menentang DAP agar berhati-hati apabila menyentuh hal atau perkara-perkara yang membabitkan Islam, apatah lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum Islam yang jelas,” kata Setiausaha Agungnya Syed Hassan Syed Ali.

Katanya, menjadi tanda tanya kepada Perkasa sejak kebelakangan ini ada pihak yang kerap menyentuh sensitiviti orang Islam negara ini demi politik atau pun sengaja hendak menghina Islam.

“Apa pun alasannya, Perkasa beri amaran bahawa jangan sesekali mempolitikan Islam demi mendapatkan sokongan kaum bukan Islam kerana umat Islam dalam negara ini menerimanya sebagai satu penghinaan kepada kesucian Islam yang menjadi wajib kepada umat Islam menentang mereka,” kata beliau lagi. - TMI

Note: Kah..kah..kah..kah.. "Perkasa menyokong desakan Mufti Perak harus sana sini agar pelakon porno minta maaf...." Kah..kah..kah..kah... Kenapa sokong harus sana sini jer? Kenapa tak sokong PAS sedangkan yang pertama sekali bangun menentang adalah PAS ? Walaupun dalam perkara ini jelas PAS yang benar tapi perkasa tak boleh nak mengeluarkan kenyataan menyokong PAS kenapa? Adakah kerana perkasa mmg sebenarnya barua UMNO? Kah..kah..kah..kah..

Note: Kah..kah..kah..kah.. PERKASA dan UMNO bila berdepan dengan pelakon porno ni terus lembik.. lemah longlai.. rasa macam dah tak bertulang dah.. suara pun manja jer.. tiada demo.. tiada amaran 48 jam.. tiada laporan polis... tiada apa-apa.. semua tiada.. cuma sekadar ingatan kecil kepada pelakon porno ini. Hanya ingatan buat rakan seperjuangan.. berguling-guling cina porno ni ketawa.. alangkah baculnya perkasa yang takut berdepan dengan seorang pelakon porno. Cuba DAP yang buat kesalahan ini... PERKASA dan UMNOlah yang terpekik terlolong macam orang kena polong.. terkinja-kinja berdemo macam orang kena sawan berok.. terloncat-loncat macam kera kena belacan.. menyalak, melalak meraung macam bini kena lelong.. kenapa jadi begitu?



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

7 comments:

  1. Jika google "pelakon porno" dah semakin kelihatan hasil carian pada nama Chua Soi Lek.. Tak lama lagi kalo taip "babun" pulak ada kemungkinan akan keluar muka mamat perkasa yang tak sasa langsung tu heheee...

    Jika En Perkasa rasa2 tak ingin jadi seperti KJ maka dinasihatkan henti-hentikanlah berjuang yg tak bermanfaat tu... nasihat ikhlas ni sungguh :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    Golongan bukan Islam semakin 'berani' mengulas berkaitan Islam atas kelemahan orang Islam sendiri.

    Tahniah juga kepada golongan muslim kita yang masih mempunyai kesedaran dalam membela agama Islam ini.

    TQ

    ReplyDelete
  3. barua2 umno lah ni,janji untungkan BN buat apa pun tak pa pukimak umno

    ReplyDelete
  4. perkasa kan suka tgk citer blue.....nnt kalau hentam sgt CSL ni diorng dah x dpt bekalan cd blue lg..

    ReplyDelete
  5. perkasa suke buat blue a.. tu terjerit2 mcm tu.. ptuihh

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.