Saturday, January 29, 2011

PERHATIAN..!!! SESIAPA YANG ADA TERNAMPAK MYVI PUTIH

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya dapat sms ini dari seorang sahabat pada pukul 8:00 am.

“PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya nmpak (nampak) MYVi Putih No.Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut panjang atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828.

“Suspek melarikan seorang bayi berusia setahun di dalam kereta ketika pemilik kereta menghantar anak ke nursery (nurseri) baru sebentar tadi di area (kawasan) Puchong. Keprihatinan anda amat dihargai ni (ini) berita benar. Sila sebarkan.”

Polis nafi ada kes culik budak di Puchong

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata dakwaan berlakunya satu kes penculikan kanak-kanak di Puchong dekat sini yang disebarkan melalui Internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam adalah palsu.

“PDRM menasihatkan anda semua untuk tidak terus menyebarkan spekulasi dan insiden yang diuar-uarkan. Terima kasih,” kata PDRM dalam laman sosialnya.

Media cetak dan elektronik dan orang awam di sekitar pusat bandar raya pagi semalam gempar dengan dakwaan berlakunya penculikan itu.

SMS yang diedarkan berbunyi, “PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya nmpak (nampak) MYVi Putih No.Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut panjang atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828.

“Suspek melarikan seorang bayi berusia setahun di dalam kereta ketika pemilik kereta menghantar anak ke nursery (nurseri) baru sebentar tadi di area (kawasan) Puchong. Keprihatinan anda amat dihargai ni (ini) berita benar. Sila sebarkan.”- Bernama

Note: Kah..kah..kah..kah... kalau tak baca habis maunya kena kencing nih.. Nasib baik aku tak terus arahkan polis buat siasatan tanpa membaca laporan dahulu.. Kah..kah..kah..kah.. Kalau Hishamuddin yang dapat SMS ni confirm dia kelam kabut forwardkan sms ni.. Kah..kah..kah..kah..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

1 comment:

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.