Gagal kuasai, Umno mahu surau diroboh?

KUALA LUMPUR, 10 Dis: PAS Lembah Pantai menentang usaha pihak berkuasa hendak merobohkan Surau Al-Falah di Kampung Pantai Dalam yang diimarahkan oleh penduduk dengan baik.
Yang Dipertua PAS Lembah Pantai, Ustaz Adlin Soleh berkata, usaha merobohkan surau itu dilihat adanya unsur-unsur politik kepartian yang dibawa oleh pihak lawan.
“Kita menyedari usaha Umno khususnya Datuk Raja Nong Chik menubuhkan 'Muafakat Masjid dan Surau Lembah Pantai'.
“Ada beberapa surau dan masjid yang tidak dikuasai mereka menyebabkan mungkin adanya dengki sesetengah pihak tertentu sehingga keluar cadangan untuk merobohkan Surau Al-Falah,” katanya.
Menurutnya, jika isu itu tidak ditangani segera, PAS memberi amaran BN akan menghadapi tindakan rakyat yang lebih tegas dalam pilihan raya akan datang.
Manakala Pemuda PAS Lembah Pantai mempersoalkan suara-suara 'orang politik' parti lawan yang mengatakan Surau Al-Falah sebagai surau PAS kerana ramai orang PAS bersolat di situ.
"Apakah salah orang PAS memenuhi mana-mana masjid atau surau di negara ini sehingga tergamak hendak merobohkannya.
“Pelik dalam sebuah negara yang pemimpinnya beragama Islam, adanya halangan kepada orang Islam yang berlainan parti politik mereka untuk mengimarahkan masjid," ujar ketuanya, Nasaie Ismail.
Pemuda Lembah Pantai juga mengenalpasti adanya pengaruh-pengaruh politik dalam arahan perobohan oleh DBKL.
Ini, katanya kerana apabila pihak surau menghantar memorandum dan ingin mengadakan perbincangan dengan Menteri Wilayah, wakilnya meminta pihak surau hadir ke pejabat Umno Lembah Pantai untuk menyelesaikan masalah itu.
“Umno akan memanggil DBKL, Jawi dan pihak pemaju bagi berunding di pejabat Umno. PAS mempersoalkan kenapa perlu campur tangan Umno dalam urusan DBKL dan Jawi ini. Jelas ada unsur politik dalam usaha mereka,” jelasnya.
Katanya, Pemuda PAS Lembah Pantai juga mempersoalkan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Raja Nong Chik yang kerap mengadakan majlis politik berlogokan Umno di beberapa masjid di Lembah Pantai.
"Lebih baik Umno melihat diri sendiri dahulu sebelum menghukum rakyat. Saya harap Menteri Wilayah tersebut kerap solat berjemaah di masjid dan surau di Lembah Pantai dan duduk mendengar kuliah-kuliah agama daripada sibuk berpolitik menggunakan masjid,” katanya. - Harakahdaily
ALI RUSTAM ROBOH SURAU
Pada 16 Oktober yang lalu, Badan Bertindak Perobohan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), PAS Kawasan Bukit Katil dan Ahli Jawatankuasa Surau Bukit Katil mengadakan demonstrasi membantah tindakan kerajaan negeri yang bercadang mengambil tapak PASTI dan surau tersebut bagi pembinaan jalan raya.
Kerajaan Melaka seperti mempunyai niat jahat, apabila sengaja melencongkan pelan pembinaan jalan, dan memasukkan kawasan perkampungan berkenaan dalam pelan, sedangkan kerajaan boleh mengambil tanah kosong yang ada di kawasan lain bagi tujuan tersebut.
Tindakan kerajaan yang mengambil tanah milik penduduk kampung tersebut dengan menggunakan Kanun Tanah Negara sebagai tidak adil, kerana dengan tindakan tersebut, penduduk kampung berkenaan seolah-olah memberikan kuasa penuh kepada kerajaan untuk mengambil tanah atas nama pembangunan.
Note: UMNO ni memang kafir ke? Surau dan sekolah islam semua nak dirobohkan.. disco, rumah pelacuran dan pusat perjudian didirikan.. waraknya ketua menteri melaka ni.. hidup umno...!!! hidup melayu...!!! melaka pusat pernternakkan babi terbesar di asia. bila menularnya JE kerajaan melaka kononnya nak bunuh babi. tapi bila cina penternak babi buat demo siapa pun tak berani usik. Ali rustam kata dia pun x boleh nak buat apa-apa kalau cina tu tak bagi bunuh babi-babi mereka.. kah..kah..kah..kah.. mengaku saja la yang kamu tu dah makan banyak komisyen hasil babi tu kan senang... tu sebab perangai pun macam serupa..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.




























