Isteri Kedua Pengerusi Syabas Tuntut Cerai
KUALA LUMPUR: Isteri kedua kepada Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail (gambar kiri)memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Permohonan Justynn Cassandra, 25, difailkan pada bulan lalu dan permohonan tersebut disebut di hadapan Hakim Syarie Ab Malik Awang pada Rabu.
Pada prosiding itu, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Rozali memohon mahkamah memberikan masa selama tiga bulan untuk membolehkan kedua-dua pihak menyelesaikan perkara itu secara baik.“Saya dimaklumkan oleh anak guam bahawa mereka masih belum membuat sebarang perbincangan mengenai permohonan ini,” tambah Fakhrul Azman.
Bagaimanapun, permohonan itu dibantah oleh peguam syarie Amli Embong yang mewakili Justynn.
“Tempoh tiga bulan adalah terlalu lama kerana mereka sudah tidak bersefahaman. Saya mohon diberikan dua minggu untuk mereka berbincang,” katanya.
Ab Malik kemudian membenarkan kes tersebut ditangguhkan sehingga 4 Januari depan untuk Rozali membuat keputusan terhadap permohohan plaintif.
Rozali dan Justynn mendirikan rumah tangga pada 2006 di Perlis dan dikurniakan dua orang anak berusia empat dan setahun. - Mstar
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.