Saturday, December 4, 2010

UNTUNGNYA JADI KAKITANGAN KERAJAAN P.PINANG

بسم الله الرحمن الرحيم

Kerajaan DAP Pulau Pinang beri sumbangan RM800 kepada anggota awam



GEORGE TOWN, 2 Dis – Kerajaan DAP Pulau Pinang memberi Bantuan Khas Kewangan kedua tahun ini sebanyak RM800 kepada semua anggota perkhidmatan awam di negeri ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan anggota perkhidmatan awam negeri selepas sumbangan RM500 sebagai duit raya awal September lalu.

“Penghargaan ini adalah satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada anggota perkhidmatan awam negeri yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan agenda kerajaan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Ketua Menteri Bersama Anggota Perkhidmatan Awam di Dewan Tunku, Komplek Tun Abdul Razak di sini hari ini.

Lim berkata bantuan khas ini diberi kepada semua Pegawai Perkhidmatan Awam dalam Pentadbiran Negeri Pulau Pinang termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku Jawatan Utama dan Gred Khas.

“Sekiranya kita mengambil kira semua termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan agensi negeri, ia melibatkan 7,812 anggota dengan RM6.25 juta,” katanya.

Wang itu didebitkan ke dalam akaun anggota perkhidmatan awam berkenaan semalam. – Bernama

Note: Kah..kah..kah..kah... uiiii ni duit judi ni ... x nak pulang balik ke? kah..kah..kah..kah... kalau rasa xnak rm800 tu email jer kat aku nanti aku bagi no akaun... kah..kah..kah..kah...



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

8 comments:

  1. perhatikan pakcik yg berambut putih separa botak itu... gambar die bnyk kluar... hensem gak.. berkenan,.

    original gambar...
    http://4.bp.blogspot.com/_6CM81Nmo7tA/TK9k81z7zHI/AAAAAAAAMro/7f_rmENWIhw/s1600/umnopenang.png

    wallahualam

    ReplyDelete
  2. Sabahal khair

    Tuan Lim Guan Eng bagi duit BN pow duit

    HIKMAH MINYAK NAIK

    ReplyDelete
  3. BS... KALU DIA ORANG TRANSFER DUWET TUH KAT KO,AKU NAK GAK TAU HE HE HE

    ReplyDelete
  4. rasa nak p keje kat penang laaa..hahaaaa

    ReplyDelete
  5. Doa bujang susah
    http://ijoks2009.blogspot.com/2010/12/maklumat-untuk-muslim-penting.html

    ReplyDelete
  6. Perbuatan dan amalan yang baik dari pakatan rakyat tidak menjadi highlight dalam news diNegara Ketuanan Melayu nie.Dasar UMNO Yahudi Laknaktullah.Berita kenaikan bahan bakar dan makanan pun kecik saja.Tak berani Bold besar-besar nanti teras keupayaan UMNO BN yang mengundi disaluran 1 terkejut dan mati, hilang satu undi lagi.

    ReplyDelete
  7. Errrr lama gak aku perati menda buduh neh.. kalu nak pulang duit haram hasil judi ker hape ker ngape di buatkan tabung.. kan elok kalu disediakan tong sampah ker,tong taik ker...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah rezeki orang siapa sangka!

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.