Sunday, December 26, 2010

TAYAR KERETA PEMANCING LENYEK BAYI

بسم الله الرحمن الرحيم

Kaki pancing menangis teresak-esak kerana melenyek bayi yang disangka sampah



KOTA TINGGI: Seorang kaki pancing menangis teresak-esak apabila objek disangka sampah terlekat pada tayar depan keretanya ketika hendak menurunkan bot di pelantar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di tebing Sungai Johor, di sini, pagi semalam, rupa-rupanya mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan.


Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Lim Kin Chee, 58, mengundurkan kereta Datsun Wagon miliknya ke gigi air apabila tayar depan kenderaannya tersekat.

“Saya ingatkan sampah dan turun untuk membuangnya, tetapi terkejut apabila mendapati objek yang menyekat pergerakan kereta saya mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat.

“Mayat itu tersembul keluar dari beg plastik hitam di bawah tayar kereta. Hampir separuh tubuh bayi itu terhimpit di bawah tayar dan saya menangis kerana kesedihan melihat keadaan itu.

“Saya sedih, marah dan kecewa sikap individu yang tidak berperikemanusiaan kerana membuang zuriat sendiri,” katanya.

Ketua Balai Polis Kota Tinggi, Cif Inspektor Mohd Azizi Abd Razak bersama pegawai dan anggotanya bergegas ke lokasi penemuan bayi itu sebaik menerima panggilan telefon daripada Lim.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot mengesahkan penemuan mayat bayi lelaki berkenaan.

“Kami meminta bantuan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor untuk membantu siasatan dan mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Kota Tinggi.

“Setakat ini, siasatan masih berjalan dan tiada tangkapan dibuat. Keterangan Lim juga sudah diambil dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi 07- 8837222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. -hmetro-

Note: Namun begitu mata pelajaran seks tetap akan dilaksanakan untuk murid seawal tahun satu oleh kerajaan yang perihatin bermulanya januari 2011 ini.



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

7 comments:

  1. biasanya yang bersedih adalah orang luar. yang melakukan? bila mau insaf?

    zina kononnya bukti tanda cinta
    habis tu benih bunga2 cinta tu?
    tanda apa pula?
    kalau dah kata tanda cinta,
    jaga lah.
    tak pun hantar ke pusat kebajikan.

    ReplyDelete
  2. berapa ramai yang nak anak tak dapat

    dan berapa ramai yang nak ambil anak angkat tak dapat

    ReplyDelete
  3. lolz..huisy skung pmbuangan bayi da mcm kertas kosong yg berterbangan,,huhu,, kcian baby2 tuh,, ta bersalah pon dyowng tuh,,DA cmfrm2 diowang tuh cam kain putih,, astaghfirullahalazim.. moga ALLAH mngampunkan dosa2 kita semua.. AMINN..

    ReplyDelete
  4. pembuangan bayi masih berleluasa dan semakin berleluasa. sedih bila banyak kejadian macam ni jadi.... :(

    ReplyDelete
  5. salam perkenalan....sy telah linkan blog anda di blog sy. sy harap anda dapat linkan blog sy di blog anda..

    http://malaydelima.blogspot.com/

    sama2 kita berjuang...

    ReplyDelete
  6. serius gile la zaman la ni. tapi bagi sex education hanya akan burukkan lagi keadaan. lagi mereka tahu, lagi mereka nak cuba. paling senang ialah asingkan laki pompuan. tu je. then ajar akhlak...

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.