Monday, December 13, 2010

NAJIB LEMBIK : BILA HARI KAU SIKAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Singapura Anggap Najib Pemimpin Lemah, Opportunis
Oleh Suara Keadilan

KUALA LUMPUR 12 Dis - Laman web WikiLeaks membuat pendedahan mengenai pandangan pegawai kanan pentadbiran Singapura bahawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak adalah seorang pemimpin yang lemah yang tidak layak mentadbir negara.

Pandangan pemerintah Singapura itu terkandung dalam transkrip kabel diplomatik di antara beberapa pegawai kanan Singapura dengan rakan sejawat mereka dari Amerika Syarikat yang didedahkan oleh laman web Wikileaks

Dalam laporan akhbar mingguan Australia, The Sunday Age hari ini, akhbar itu mendedahkan perbincangan antara pegawai kanan Singapura bernama Peter Ho, Bilahari Kausikan dan Tommy Koh dengan pegawai Amerika Syarikat.

Perbincangan sulit itu bukan sahaja melabelkan Najib sebagai pemimpin lemah tetapi juga menyifatkan pemimpin Umno-BN seperti mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam kategori yang sama.

Malah pemerintah Singapura melihat Presiden Umno itu sebagai seorang opportunis dan meletakkan faktor imej 'kemerosotan' Malaysia ditangan beliau serta pimpinan Umno-BN yang lemah.

Laporan The Sunday Age menyatakan semasa perbincangan yang berlaku pada September 2008, pegawai kanan hal ehwal luar Singapura Bilahari Kausikan memberitahu timbalan setiausaha pertahanan Asia Timur David Sedney bahawa 'keadaan di Malaysia adalah mengelirukan dan berbahaya dicetuskan kemungkinan oleh konflik perkauman yang bakal menyaksikan kaum etnik Cina melarikan diri dari Malaysia dan membanjiri Singapura.

“Berikutan kempimpinan yang lemah, adalah menjadi masalah yang nyata kepada Malaysia dan Najib perlu mempertahankan kedudukan politiknya untuk mengelak pendakwaan berhubung pembabitannya dengan kes kata Bilahari Kausikan.

Kausikan menyimpul masa depan Najib diibarat telur di hujung tanduk kerana dakwaan pembabitannya dengan pembunuhan wanita Mongolia itu.

Sebelum itu Peter Ho menganggap politik Najib terus dibayangi skandal pembunuhan kejam tersebut dan sebagai seorang opportunis beliau tidak akan teragak-agak mengambil pendirian kritikal terhadap Singapura jika keadaan mendesak beliau berbuat demikian.

Perbincangan pegawai kanan Singapoura dalam transkrip itu juga menyentuh nasib politik Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang juga menantu kepada Abdullah.

"Pisau politik mengancam menikam Khairy Jamaluddin, menantu Abdullah Ahmad Badawi yang tidak disukai ramai pihak kerana beliau mencapai kedudukannya melalui perhubungan keluarganya," kata Ho.

Pendedahan lebih 250,000 kabel diplomatik negara-negara seluruh dunia oleh Wikileaks telah menyebabkan perasaan tidak selesa di kalangan beberapa kerajaan termasuk Amerika Syarikat dan negara-negara Timur Tengah.

Laman web itu juga mendedahkan sekitar 1,000 transkrip kabel diplomatik berkaitan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai keengganan Putrajaya bekerjasama dengan beberapa pihak utama dunia. - Skeadilan

Note: Kah..kah..kah..kah.. Singapura dah main belakang najib... Najib lembik... bila hari kau sikan altantuya najib?... Kah..kah..kah..kah...


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

1 comment:

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.