Tuesday, December 14, 2010

MASALAH TIMBUL BILA MENGELUARKAN PANDANGAN TIDAK BERSANDARKAN HUKUM

بسم الله الرحمن الرحيم

Dr Fadzilah Kamsah Keluarkan Fatwa Boleh Melacur Jika Dharurat

KUALA LUMPUR: “Jangan memaksa dia (Suzie) terus berhenti daripada pekerjaannya sebagai pelayan pelanggan (GRO), sebaliknya beri masa untuk dia berubah,” kata pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah (gambar) ketika mengulas laporan mengenai seorang GRO yang kini sarat mengandung ingin kembali ke pekerjaan asal sebaik bersalin kerana mendakwa hanya itu pekerjaan mampu dilakukan bagi menyara anaknya itu.

Beliau berkata, dalam kes seperti ini, paksaan untuk berubah bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk membantu wanita itu. “Suzie boleh meneruskan pekerjaannya sebagai GRO, tetapi dalam masa sama dia hendaklah tidak reda melakukan kerja itu hingga mendatangkan kebosanan dan tidak seronok untuk bekerja lagi.

“Dengan cara itu, dia boleh berubah sedikit demi sedikit, kemudian mencari pekerjaan halal yang lain, sebaik mendapat pekerjaan lain, dia perlu berhenti terus melakukan kerja lamanya itu. “Suzie perlu menganggap kerja dilakukannya itu kerana sedang berada dalam keadaan darurat dan perlu cepat-cepat menukar pekerjaan. “Sebaliknya, pihak yang membantu pula perlu memberi bimbingan. Sebagai contoh nasihat yang baik dan mengingatkan dirinya mengenai setiap yang hidup pasti akan mati supaya dia tidak terus melakukan dosa,” katanya.

Menurutnya, wanita itu memerlukan kumpulan penyokong yang kuat yang akan terus memberi semangat untuk dia berubah seperti rakan, jiran dan kewaja sendiri.

“Siapa kita untuk menghukum kesilapan dilakukan Suzie. Jika dia bertaubat nasuha, dosanya semua akan kosong dan dia akan jadi seperti bayi yang baru lahir. Itu janji Tuhan kepada kita.

“Oleh itu, masyarakat tidak boleh menuding jari kepadanya, sebaliknya sama-sama memberi dorongan untuk berubah,” katanya.

Beliau turut menasihati pembaca sama ada yang bersimpati atau yang membenci Suzie mendoakan dia berubah dan kembali ke jalan diredai.

“Saya percaya wanita ini mempunyai masalah dalaman yang agak sukar diungkapkan kerana berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, masyarakat sekeliling harus membantunya keluar dari pekerjaannya ini dengan memberi sokongan dan dekati diri mereka sebagai rakan akrabnya,” katanya. - Harian Metro Sabtu, 11 Disember 2010

Ulasan Ustaz Nur Amin

Saya kurang bersetuju dengan pendapat pakar motivasi tersebut, kerana pakar motivasi tersebut bukan berasal dari orang yang belajar agama atau bidang agama, dia hanya pakar motivasi biasa sahaja dan tahu sedikit sebanyak tentang agama. Banyak hujah-hujahnya yang saya tidak setuju seperti dia mengatakan bahawa adanya bohong sunat, sebenarnya dalam Islam tiada bohong sunat, hanya ada helah. Bohong sunat itu disandarkan kepada sunnah Nabi Muhammad saw. Jadi hal ini bertentangan dengan sifat nabi iaitu benar dan amanah. Terbaru dia mengeluarkan fatwa yang berkaitan dengan masalah pelacuran atau GRO dengan mengatakan bahawa boleh teruskan dengan sebab dharurat untuk mendapatkan sedikit sebanyak duit penyaraan anaknya nanti.

Islam tidak pernah meredhoi atau menghalalkan zina walaupun dalam keadaan dharurat sekalipun. Kaedah Fiqh dua perkara yang tidak boleh dilakukan ketika dharurat iaitu membunuh atau bunuh diri dan berzina. Jadi jelas di sini tiada istilah halal melacur atau GRO untuk menyara kehidupannya. Kalau dilihat dari sudut keupayaan dan tenaga pelacur tersebut, masih sihat dan bertenaga lagi untuk membuat kerja-kerja yang halal, seperti basuh pingan, kilang, pengawal, peminta sedekah, pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya. Kenapa pulak pakar motivasi tersebut mengatakan dharurat, sepatutnya pakar motivasi tersebutlah yang membantunya memberikan pekerjaan atau wang zakat untuk mengelakkan dirinya terus bergelomang dalam dosa sebab pakar motivasi tersebut adalah jutawan (sindiran semata-mata).

Tidak sesuai kes-kes agama dirujuk kepada pakar motivasi yang jelas bukan dari orang yang ahli agama, sepatutnya kes seperti ini dirujuk kepada orang agama supaya pendapat yang diberikan tidak menyimpang jauh dari syarak. Saya harap pakar motivasi tersebut rujuklah dahulu kepada orang yang pakar agama supaya hujah-hujahnya mempunyai sandaran atau sanat yang teguh dan tidak menyimpang jauh. Hal agama bukan boleh dimain-mainkan, kerana ia mempunyai kaitan dengan dosa dan pahala. Pakar motivasi tersebut perlu membuat kenyataan susulan atas kesilapannya dahulu, supaya masyarakat yang membaca kenyataannya di Harian Metro 11 Disember 2010 tidak dijadikan pegangan ataupun hujah. - ustaznoramin

Note: Mungkin ini adalah pendekatan sebagai seorang pakar motivasi. Seperti kita yang lain juga, DR Fazilah pun manusia biasa. Mungkin DR Fazilah kamsah ni tersilap mengeluarkan kenyataan tanpa bersandarkan hukum Allah. Dan jika dia tersedar dari kesilapannya dia kenalah perbetulkan dan bertaubat. DR Fazilah ini seorang public figure. Masalah paling serius bila kenyataan berkaitan hukum begini dikeluarkan oleh seorang public figure ialah, apabila yang membaca atau cuba memahami itu jahil tentang hukum agama. Golongan seperti ini mungkin akan tersasar jauh dan akan terus hanyut bilamana kenyataan begini menjadi pegangan. Pelacur akan berkata dia akan berubah tapi masih belum boleh lagi sehingga ke akhir hayatnya dengan harapan dia tidak menangung dosa atas perbuatannya. Cuba kita fikir akan anak-anak kita sendiri bila mereka yakin dengan kenyataan sebegini..? Bagaimana jika mereka kata "kami menjadi bohsia dan GRO untuk mencari rezeki bagi membiayai persekolahan kami". " Kami akan cuba berubah dengan perlahan-perlahan, namun sehingga kini kami telah termengandung beberapa kali... dan kami masih dalam usaha untuk berubah...". Apa pandangan anda?

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

45 comments:

  1. pada pandangan aku yg tak tau hukum ni plak..

    kalau dia dah GRO...nk suruh dia insap..hukum dia masa dia tengah projek.....cara nk settle masalah GRO adalah tangkap masa projek..yg GRO malu..klien pun malu....

    tk pun perundangan kat malaysia perlu adjust...Islam tk leh jadi pelacur..sapa2 yg jadi pelacur akan didakwa..masalahnya pelacuran di malaysia tanpa mengira agama dan bangsa adalah tidak begitu jelas...padilah kamsah dia motivator..kalau dia ckp pasal perundangan susah la dia nk carik makan kat negara yg tk demokratik ni..

    ahahahahahahaha

    ReplyDelete
  2. Betul kata saudara diatas tapi sikit sangat... hakikat sebenar perundangan perlu ditukar kepada undang2 Islam boh...jahil mcmna sekali pun akal, dah takde cara lain doh selain kembali kpd undang2 Islam berpandukan Al-Quran&Al-Sunnah...cari makan biar berlandaskan hukum boh...jangan nak pikir masuk poket dunia jah...

    ReplyDelete
  3. Minta pakar motivasi tu perjelaskan dgn sejelas-jelasnya maksud DARUART tu. Minta bantuan Mashitah kalau perlu.

    Pelacuran membawa maksud berlaku penzinaan yg mana telah jelas hukumnya zina ni adalah HARAM.

    Aku bukannya pakar bab Islam sangat tapi aku tidak ler BODOH sangat nak mengatakan yg pelacuran tu memang HARAM seharam jadah ularmak...


    Wakakakakakaka.........

    ReplyDelete
  4. "kami menjadi bohsia dan GRO untuk mencari rezeki bagi membiayai persekolahan kami". " Kami akan cuba berubah dengan perlahan-perlahan, namun sehingga kini kami telah termengandung beberapa kali... dan kami masih dalam usaha untuk berubah...".


    Wakakakaka.. lawak..lawak.. termengandung beberapa kali.. wakakakaka.. wei bujang.. ko ni betul laa.. sakit perut aku ketawa.. wakakakakkaa

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah syukur pada Allah, terima kasih kepada ibu bapa dan peminant-pemintat atas anugerah pelakon terbaik ini- kata seorang pelakon dedah dalam keadaan separuh bogel di atas pentas dipancarkan melalui kaca tv.

    RAHSIA JIMAT MINYAK

    ReplyDelete
  6. "Kami akan cuba berubah dengan perlahan-perlahan, namun sehingga kini kami telah termengandung beberapa kali... dan kami masih dalam usaha untuk berubah..."

    haaa ni lah bendanya..pikir ni je cukup..perubahan tu pd diri sendiri.jgn bergantung pada keliling untuk buat keputusan lebih2 lagi bila perubahan tu untuk menjadi lebih baik.bila mau insyallah boleh..yg lain2 tu hanyalah alasan.

    ReplyDelete
  7. statement motivator padilah kamsah tu serupa pelaq,ni la ejen pahaman sekular

    ReplyDelete
  8. manusia ni tak leh lari dari buat silap.. even kesilapan kenyataan..

    penah dato F ni kate pakai tudung tu kene tunggu org tu dpt hidayah..

    time tu kami da pelik..

    ReplyDelete
  9. Bertaubat mana boleh ditangguh2? Kalo dia dh ada rasa nk insaf, kena la kita tlg dia SEGERA kembali ke pangkal jalan. Mana boleh diskaun2 plak ckp bleh lg buat keje xhalal? Appaa nak jd ngn pajilah kamsah yg aku minat ni?

    ReplyDelete
  10. sekolah STAR (Sekolah Termengandung Ali Rostam) sedang melatih pelajar2 dan bakal anak2 pelajar mereka dalam jurusan sex ni, yg lain tpakse blajar pendidikan sex spt biasa mulai tahun depan, cuma warga STAR je dapat special course.

    so x mustahil nanti anak² haram akan bersepah2 dan bperangai spt yahudi, knp aku ckp yahudi? sebab mereka ni x berperikemanusiaan, x beribu dan berbapak sebab dorang x pernah rase kasih sayang, tu askar2 yahudi tu sume anak haram a tu. tupasal dorang x pedulik!
    nantikan, ia pasti terjadi!!!

    ReplyDelete
  11. Salam Yob, apasal teman nampak ramai sangat pompuan Indon, Filipns, Thailand keja sebagai pembantu rumah dan cleaner kat Malaysia ni? Apa...oh...keja kosong banyak kat Malaysia ya?

    ReplyDelete
  12. heh heh ala pu3, ape nak heran... kan dekat ngan election neh,pakar-pakar jual ayer lior tentuler ngidam kot-kt dipilih jadi calo

    ReplyDelete
  13. mcm lu la
    cakap je pandai
    habuk pun tarak
    kakaka
    hipokrit punye mangkuk

    ReplyDelete
  14. Zina bermaharajalela.
    “Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

    ReplyDelete
  15. Teruk betul gambar sedara letak ..boleh ke camtu,,,,

    ReplyDelete
  16. where can i order xanax online xanax side effects weight loss - xanax and alcohol symptoms

    ReplyDelete
  17. buy tramadol online tramadol get you high - get high tramadol hcl 50mg

    ReplyDelete
  18. generic xanax 2mg klonopin vs xanax bar - how long are xanax pills good for

    ReplyDelete
  19. cheap tramadol online tramadol withdrawal long - tramadol janssen

    ReplyDelete
  20. generic xanax xanax bars facts - xanax vs vicodin effects

    ReplyDelete
  21. buy tramadol online boompanjang blogspot buy tramadol online - tramadol for dogs human consumption

    ReplyDelete
  22. buy tramadol online tramadol for dogs dosage usa - tramadol 93 58 high

    ReplyDelete
  23. buy tramadol online tramadol 50 mg withdrawal - tramadol overdose 200mg

    ReplyDelete
  24. xanax online buy xanax bars with no prescription - xanax 2mg for sale

    ReplyDelete
  25. generic xanax xanax bars mexico - xanax and alcohol experience

    ReplyDelete
  26. xanax pills xanax drug manufacturer - xanax side effects for women

    ReplyDelete
  27. carisoprodol 350 mg carisoprodol (soma) vs cyclobenzaprine (flexeril) - carisoprodol 500

    ReplyDelete
  28. tramadol 50 mg zydol 50 mg tramadol hydrochloride - tramadol 50 mg to get high

    ReplyDelete
  29. buy tramadol online order tramadol with cod - what is tramadol 50mg for dogs

    ReplyDelete
  30. buy tramadol online is tramadol for dogs an nsaid - can you buy tramadol in the usa

    ReplyDelete
  31. buy cialis online generic cialis 60 mg - where to order cialis in usa

    ReplyDelete
  32. cialis online cialis online 24 ore - mail order cialis online

    ReplyDelete
  33. buy tramadol tramadol addiction treatment centers - tramadol 100mg forum

    ReplyDelete
  34. buy tramadol buy tramadol online overnight cod - tramadol 50mg (generic ultram)

    ReplyDelete
  35. learn how to buy tramdadol buy tramadol online pay cod - zodol-tramadol 50 mg

    ReplyDelete
  36. legal buy tramadol online tramadol an 627 - tramadol stronger than vicodin

    ReplyDelete
  37. buy tramadol best place buy tramadol tk - best high tramadol

    ReplyDelete
  38. http://buytramadolonlinecool.com/#63102 generic name tramadol hcl - buy tramadol united states

    ReplyDelete
  39. buy ativan online ativan withdrawal rash - ativan for alcohol detox

    ReplyDelete
  40. buy tramadol online buy tramadol saturday delivery - safe buy tramadol online

    ReplyDelete
  41. buy ativan online ativan dosage pictures - buy lorazepam ativan

    ReplyDelete
  42. ways to buy ativan online cheap ativan - ativan withdrawal death

    ReplyDelete
  43. buy tramadol online tramadol for dogs kidney failure - where to buy tramadol cod

    ReplyDelete
  44. buy tramadol without rx buy tramadol 100mg online - 200 mg tramadol high

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.