Thursday, December 23, 2010

ADUN UMNO ADA YANG PANDAI KE?

بسم الله الرحمن الرحيم



ADUN Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, pemberian beg sekolah berlambangkan Umno dan Barisan Nasional adalah sumbangan ikhlas yang sepatutnya tidak dipertikaikan.

“Perkara ini sepatutnya tidak menjadi isu kerana ia adalah sumbangan daripada UMNO untuk anak-anak ke sekolah dan tiada agenda politik tersembunyi sepertimana didakwa pembangkang,” katanya.



Beliau berkata, sumbangan itu adalah salah satu usaha UMNO untuk membantu penduduk mengurangkan perbelanjaan anak-anak ke sekolah dan isu yang dibawakan pembangkang tidak masuk akal.

“Saya tidak memaksa anak-anak untuk membawa beg ke sekolah tetapi terpulang kepada penerima untuk menggunakannya". - karatijau




Note: Kah..kah..kah..kah.. Cuba baca betul-betul kenyataan ADUN ni...Kah..kah..kah.. "Bantuan ini untuk meringankan beban keluarga untuk anak-anak ke sekolah.. tapi saya tidak memaksa anak-anak untuk membawa beg itu kesekolah.." Kah..kah..kah..kah... Payung tu sumbangan dari umno/BN untuk menahan panasnya alam barzah agaknya... Kah..kah..kah..kah...


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

11 comments:

  1. saya tiada agenda tersembunyi
    saya cuma sembunyikan logo itu dibahagian bawah beg
    apakah saya ada agenda tersembunyi?
    tidak. sesekali tidak.
    hanya logo itu yang tersembunyi.

    ReplyDelete
  2. hahaha.. puteri.. btul2.. 5/5

    ReplyDelete
  3. saya amat yakin jika beg itu pokah jahitannya kerana buku yg terlebih timbang pun logo itu tetap bertahan. HE HE HE HE

    ReplyDelete
  4. kah kah kah.....

    tak habih-habih umngok menipu.......
    tu pun ada yg dok besenandong dgn depa lagi........

    kah kah kah.......

    ReplyDelete
  5. Bukan agenda tersembunyi logo tersembunyi,samalah dengan alasan penagih dadah bila ditangkap polis,
    Saya tak hisap dadah tuan saya suntik je.
    Adun umno mmg pandai2 belaka ooo..pandai berjanji...

    ReplyDelete
  6. haha.. itulah ijoks2009
    saya 'tiada' agenda tersembunyi

    ReplyDelete
  7. puteri the best komenter!hehehe...

    kah kah kah!mcm cilanat umno/bn...sempoi la perangai u org!hahaha...

    ReplyDelete
  8. ha aha umno cakap serupa pelaq, kata tak bleh politik kat sekolah sembang serupa haram umno ni

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.