Friday, July 29, 2011

PAKAI TUDUNG DI MAHKOTA HOSPITAL MELAKA SATU KESALAHAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Mahkota Hospital Melaka TIdak Izin Pekerja Wanita Pakai Tudung



Rupanya, dalam sebuk-sebuk UMNO ke hulu ke hilir menjaja kononnya hak Melayu semakin tergadai, Islam semakin dalam bahaya, DAP semakin ganas menentang Islam, rupanya dalam negeri Melaka sendiri Islam dihinjak-hinjak.

Beza Melaka berbanding negeri lain dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah UMNO menguasai 2/3 kerusi di Dewan Undangan Negeri Melaka. Maksudnya, UMNO mampu memerintah Melaka TANPA Barisan Nasional ataupun parti2 lain.

Namun, dalam negeri yang dikuasai sepenuhnya UMNO ini, hospital Mahkota Melaka telah tidak mengizinkan pekerja wanita mereka memakai tudung. Saya sendiri melihat dengan mata kepala saya betapa pekerja2 wanita ini memakai ID yang ada gambar mereka memakai tudung, tapi di depan saya mereka membuka tudung.

Rupanya, ia adalah arahan rasmi dari pentadbiran Hospital Mahkota Melaka dan ia berlaku di bawah pengawasan kerajaan UMNO Melaka.

Kalau di negeri yang mereka kuasai 100% macam ni pun mereka tidak dapat memperjuangkan hak orang Islam yang begitu mudah, apa lagi yang boleh kita harapkan dari UMNO.

Janganlah sampai kita jadi macam Indonesia. Pekerja2 perempuan diberi arahan secara terbuka untuk tidak memakai tudung. Sekiranya mereka memakai tudung, nescaya mereka dibuang kerja.

Kalau tak salah saya juga, Mahkota Hospital ini juga sebuah Hospital kepunnyaan Singapura.

Ikutilah rakaman perbualan Tulang Besi dengan salah seorang dari pekerja Mahkota Hospital dengan klik di bawah:

Rakaman Perbualan Tulang Besi dengan Pekerja Mahkota Hospital Berkaitan Larangan Pekerja Memakai Tudung

- malaysiawaves


Note: Hidup umno...!!! kah..kah..kah..kah..


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

12 comments:

  1. sokongan kepada UMNo tak berbelah bahagi..haha.tahniah Ali! terbaik

    ReplyDelete
  2. jom ke melaka ramai2.. leh tambah dosa.. :)

    ReplyDelete
  3. hahahahahahaha.. adui keras perut gelak tengok pompuan kat atas tu.. kakakakakahhh! opss

    ReplyDelete
  4. Salam.
    ohho..menyedihkan sungguh.
    Memalukan juga.
    Inilah jadinya jika pemimpin sendiri x memberati aurat
    Monkey Business
    Cehh.

    ReplyDelete
  5. Beranikah, ada teloqkah media massa utama menceritakan perkara ini? Hampa pun tahu jawapannya kannn...

    Kalaulah dapat salinan arahan rasmi tersebut dan dipaparkan di sini, kita tengok apa latah yg bakal terjadi kepada golongan ULARmak muda di dalam um-NO tu. Hak tua tu mmg basuh guna apa pun, tetap daki menjilat pungkok um-NO tak hilang.

    Mau fatwa depa keluar mengizinkan perkara tersebut kerana kehendak tugas.

    Wakakakakakakaka........

    ReplyDelete
  6. mereka memang suka ketawa dan berlebih semasa bersidang tetapi keadaan berlawanan dengan sekutu mereka. sekitar tahun 2004, saya terbelek NST dan di dalamnya disiarkan gambar besar pemimpin tertinggi Gerakan termasuk Lim Keng Yaik dan deputinya semasa rehat tengahari. Di atas tangga spiral, mereka duduk dan makan dari bekas polistren sahaja dan minum air mineral soft top cucuk straw. Gambar tersebut menyentuh hati saya walaupun saya tahu mereka orang berada. Kesimpulan dari apa yang dilihat 'substance is far more important than form.'

    ReplyDelete
  7. ali rustam takda maruah..tak da telur..takda ugama dan pegangan...yang dia tahu cuma duit duit duit...

    kesian melayu di melaka..

    anak anak dara dan bini ali rustam tu pun rasanya boleh sesiapa pakai..sebab anak dara orang dia gadai maruah..jadi tentu anak bini nya juga boleh kita lakukan yang sama...

    ReplyDelete
  8. aik?
    kenapa pelik je tarikh post entry ni

    ReplyDelete
  9. padanlah..

    lagi pun dah penah baca kat blog BS last few years
    hehe

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.