Tuesday, November 30, 2010

JANGAN PAKAI TUDUNG CARA BIARAWATI KRISTIAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Perhatian Untuk Kaum Hawa, Pemakaian Tudung Cara Kristian.



Pemakaian tudung biarawati telah menjadi fenomena pada masa kini tanpa disedari oleh umat Islam. Fashion tudung ala Biarawati Kristian ini mungkin lahir dari kelekaan umat Islam sendiri. Justeru, menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menjauhi fashion tudung ini dan kembali kepada pemakaian tudung cara orang Islam, dan menunjukkan sikap berhati-hati kita dalam etika pemakaian Islam.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka" (Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban)

Bagi anda yang memakai tudung seperti gambar di atas, ayuh tinggalkan fashion tersebut. Bagi suami atau bapa yang punyai isteri dan anak yang memakainya, tegahlah mereka. Bagi mereka yang punyai medium untuk menyampaikan mesej ini, sebarluaskan mesej ini untuk manfaat kita semua.


Semoga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah taala.

"Berpakaianlah mengikut ajaran Islam"

- anakmuaallaf

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

18 comments:

  1. salam.. fuhh.. skrg ni mmg byk pengaruh2 yg kite x sedar.. harap2 pasni xde lg yg pakai fesyen camni..

    ReplyDelete
  2. elok skit daari big mama rambut kembang,mak angkat bujang.hehe.sori bro.grau ja.hehe

    ReplyDelete
  3. Salam Yob Bujang, tima kasih ingatan Yob tu. Selamat berjuang!

    ReplyDelete
  4. mmg ramai betul yg bertudung style begini..semoga info ini bermanfaat buat semua..berpada padalah dlm berfesyen

    nti saya nak kutip info ni letak kat blog saya
    tkasih

    ReplyDelete
  5. haha x sangka bik mama tu mak angkat BS..bro..bek ko nasihat dia tu..kui..kui..kui..tq ye sb sudi share en3 ni..nasib baik isteri aku x pakai tdg mcm ni..alhamdulillah dpt isteri yg dgr nasihat..aku x nak dpt title DAYUS

    ReplyDelete
  6. apalah nak jadi skang ni.. mungkin dah nak kiamat kot... teringat plak ada satu sabda nabi berkenaan tanda kiamat yang berbunyi lebih kurang begini.. "diakhir zaman nanti umatku akan mengikut mereka sejengkal demi demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga mereka masuk kelubang biawak pun umatku akan mengikutinya. sahabat rasullah bertanya, adakah mereka yang rasulullah maksudkan itu adalah yahudi dan nasrani? rasulullah menjawab. ya, siapa lagi kalau bukan mereka...."--- tolong betulkan jika terdapat kesilapan..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...walaupun sy x bertudung..tapi sy nk share mende ni ngan kwn2 yg lain di FB...boleh ye?

    ReplyDelete
  8. kan lagi elok kalu awak pakai tudung.

    ReplyDelete
  9. A'ah ka.. AKu pun pasan dlm TV byk tonjolkan fesyen camni. Paling menyampah fesyen bertudung dgn sanggul besar dan tinggi. SGt hodoh la..

    ReplyDelete
  10. lama da perasan pasal pemakain tudung mcm ni..ada juga tegur mmber..fa mcm jd satu fesyen pulak..tapi yg penting niat kena betul,bab menyerupai tu mmg tak bole disangkal..nak share le..

    ReplyDelete
  11. tudung bawal jer ke yg ada? tudung haruan ke keli ke xder ke? hehehe

    ReplyDelete
  12. mana lebih baik?.pakai tudung mcm biarawati atau tak paki tudung langsung.. tah la bg aku kebetulan je tuh...pakai la nak pakai mcmane pon janji tutup aurat sempurna. udah2 udah la bincang benda2 kecil mcm nih.. yg tak pakai tudung ramai lg kat sana,

    ReplyDelete
  13. syukran..
    good job!!
    mjur ader jgak taw sal bende nh..
    :)

    ReplyDelete
  14. Cuba tengok kristian ortodoks punye pemakaian tudung,ade sesetengah 2 sebijik cam ustazah2 yang pakai tudung labuh 2....siape tiru siape? Kristian dah ade lame sebelum Islam

    ReplyDelete
  15. salam ~ terima kasih ye share info nie.. harap2 kita umat Islam semua concern laa pasal hal2 mcm nie .. thanks (:

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.