Friday, November 26, 2010

HATI HATI ANGKA KERAMAT 26

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..



Semalam saya mendapat satu SMS dari seorang sahabat. Bunyinya begini...

"HATI-HATI ANGKA keramat "26" !!!

26 December 2004.. Tsunami di Aceh
26 mei 2006.. Gempa bumi di jogja
26 jun 2009... gempa bumi di Tasikmalaya
26 oktober 2010.. Tsunami di mentawi
26 oktober 2010.. Merapi meletus

Apa ada dengan "26" ? tanya dalam Al-Quran surah ke 26 (asy-syu'ara) yang didalamnya tentang azab Allah.

Tolong kirim SMS ini kepada 7 orang.. jangan dipermainkan.. Lillahitaala ini amanah.. jangan dihapus SMS ini sebelum dikirim kepada 7 orang..Apa yang berlaku 26 nov 2010 hari jumaat ini?

KITA DOAKAN AGAR MENDAPAT RAHMAT YANG TERBAIK DARIPADA ALLAH."

***************************************************************************

Kemudian dengan slumbernya saya reply kat dia.. saya tulis.. "ada ceramah Mat Sabu" dan sebarkanlah kepada sesiapa klau rajin. x kira la berapa orang... kah..kah..kah..kah..

Dia rasa macam saya permainkan dia.. dia balas kembali SMS saya dengan berkata... " ni serius ni bukan main2"

He..he..he..he.. saya pun balas balik....saya kata...

" Memperingati sesuatu itu memang bagus. Apatah lagi jika ianya berkaitan dengan ingatan dari Allah. Masalahnya disini kenapa kena kirim pada 7 orang? dan atas alasan apa kita tak boleh padam sebelum kirim kepada 7 orang? yang menyesatkan apabila kita takut akan sesuatu itu jika kita tidak kirim kepada 7 orang. bukan kerana kita takut pada azab Allah. Dalil dan Nas mana yang mensyaratkan perkara- perkara begini? Pernahkah rasulullah ajar buat macam ni? Yang pastinya 7 orang hantar kepada 26 juta orang di malaysia ni.. yang untungnya tak lain tak bukan ialah syarikat telecomunikasi dan yang rugi dan sesat kita umat islam semua"

**************************************************************************

Kita tinggalkan dulu berkenaan SMS saya dengan kawan tu...

Sedarlah teman-teman. Ini adalah salah satu sms berantai yang banyak kita lihat dewasa ini. Yang sesungguhnya tiada tujuan lain selain mencari keuntungan sambil menyesatkan umat islam oleh golongan yang benci pada islam. Sayangnya masih ada kawan-kawan yang belajar tinggi malah tinggi juga asas agamanya tertipu dik mereka-mereka yang gairah mengaut keuntungan dengan berbagai penipuan ini.. Yang paling sedihnya ia merobak rabikkan aqidah kita umat islam yang semakin jauh dengan agama di bumi malaysia ini.

Semoga kita semua dijauhi dari kesesatan ini... wallahualam.


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

17 comments:

  1. betul betul..sepatutnya 7 org tu padam la..kenapa nk anta kat 7 org je..byk dpt msg macam ni.
    btw, bestla jawapan ada ceramah mat sabu.haha

    ReplyDelete
  2. Slalu dat sms n email camni..
    Mula2 nk forward, lepas dia sruh hantar ke 10 org la, 100 org la, kalo tak nnti ditimpa malapetaka; teus tak jadi nk forward...

    ReplyDelete
  3. Beberapa kali juga dapat sms berantai ini,selalunya saya abaikan atau edit yang tidak berkenaan.

    ReplyDelete
  4. salam
    saya nak tanya sikit ni
    kenapa orang semua percaya pada tarikh tu.kalu saya ayat alquran sekiranya ayat ke 26.baru ada makna kalum hari ke 26 bulan islam(syaban ke rejab ke) ,bukan ke 26 bulan nasrani(april la september la...adakah kita ni suka campuradukan nasrani yahudi?

    ReplyDelete
  5. tak suke dpt msg camni.. klu sy dpt slalu sy forward balik kt org yg sent tu.. miahaha

    ReplyDelete
  6. Salam tuan blog...
    Umat di Malaysia ni yang tidak disuruh itu lah yang hendak dibuat... Yang salah, tidak betul itu lah yg ingin diikuti...terus terang dikatakan semua perkara telah terbalik...contohnya...memandu di lorong kanan sekali, 40km/j..yg kiri sekali pulak.memandu 120km/j...tak ke haru jadinya....tu lum bab agama lagi tu...

    ReplyDelete
  7. Dunia menuju ke akhir hayat.. umat manusia semakin jahil. ini semua cara yahudi menyesatkan umat islam. dengan mencampuradukkan alquran dgn ramalan syitan. Sayangnya diketika dunia semakin maju dan ilmu mudah diperolehi ada lagi umat islam yg jahil sehingga percaya perkara begini.

    Mana perginya jabatan agama islam? Jabatan agama islam tak berani atau sengaja ambil lewa dengan perkara seperti ini. sedangkan ini akan memesongkan akidah umat islam.

    jabatan agama islam akan hanya bertindak bila umno suruh buat kenyataan atas isu2 PAS. jabatan agama islam sudah menjadi alat politik umno. hanya menjaga kepentingan parti.

    akidah umat islam tidak penting.. yang penting adalah pastikan umno terus berkuasa.

    ReplyDelete
  8. Seronoknya CEO Celcom dan Maxis baca.Mereka nampak RM$$$.Kita nampak apa ? Ad orang nampak nak tambah lagi !! Peristiwa dan tarikh itu hanya kebetulan saja..

    ReplyDelete
  9. hahahaha...
    slalu dpt, sms, surat, email.
    yg memanjang2 kan ni laagi bangang.
    pcaye n takut pd mende2 tu watpe?
    org ApNo bole la dtipunye...
    kuikikiukiukui

    ReplyDelete
  10. salam
    betul tu

    yang untung company ipo juga

    ReplyDelete
  11. salam,
    sempoi la jwban br tu.. leh tiru ka?.. hehehe

    ReplyDelete
  12. betul2!
    saya sokong reply dari tuantapak :)

    ReplyDelete
  13. RASANYA MSG-MSG BEGINI WUJUD SEBELUM ADANYA HP DAN SYSTEM SMS.. MASA TU SURAT BERANTAI... ALAMAT PLAK KEBIASAANNYA IKUT ALAMAT BIL AIR,BIL API ATAU BIL TELEFON... SEKARANG LEBIH MUDAH,TAK YAH GUNA KERTAS,SAMPUL DAN STEM... CUMA YANG LUCU ADA SATU MASA TU SEORANG RAKAN BERBANGSA CINA YG KURANG FAHAM BAHASA MELAYU MENUNJUKKAN PADA SAYA SMS BERANTAI YG HAMPIR BEGITULAH BENTUKNYA SIAP TERTERA POTONGAN AYAT ALQURAN DAN JUGA HADIS BERTULISAN RUMI..KETIKA ITU BELUM WAJIB LER MENDAFTAR TALIAN,JADI KITA AGAK IANYA DIHANTAR SECARA RAWAK. BILA IANYA WAJIB DIDAFTAR HE HE HE MASIH TERDAPAT LG KEJADIAN BEGITU.. JD APA YG BERMAIN DIFIKIRAN SAYA SIBODOH MANA LER YG SYOK SANGAT BUAT KERJA MCM HINGGA AYAT MENGAJAK KITA MENENTANG KEZALIMAN PARA KAFIR DIHANTAR PULA PADA KAFIR....

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.