Wednesday, November 24, 2010

FACEBOOK BERI KESAN BURUK PADA PENGHIDAP ASMA

بسم الله الرحمن الرحيم

Amaran Doktor...Facebook boleh beri kesan buruk pada penghidap asma



LONDON: Sekumpulan doktor Itali memberi amaran rangkaian web sosial, Facebook juga boleh memberi kesan buruk kepada penghidap asma.

Gennaro D’Amato dan rakannya merawat seorang remaja berusia 18 tahun yang diserang asma ketika memasuki akaun Facebook dan terkejut apabila melihat ramai lelaki yang menjadi rakan bekas teman wanitanya.

Lelaki terbabit mengambil dua jenis ubat sedut steroid beberapa kali sehari untuk mengawal asmanya. Tetapi apabila teman wanitanya meninggalkan beliau dan enggan menerimanya sebagai rakan dalam Facebook, keadaan beliau semakin teruk.

Dengan menggunakan nama samaran, lelaki terbabit diterima semula dalam senarai rakan bekas teman wanitanya melalui halaman rangkaian sosial terbabit. Tetapi, beliau tambah tertekan apabila melihat akaun Facebook teman wanitanya yang mempunyai terlalu ramai rakan lelaki baru.

“Melihat keadaan itu menyebabkan beliau mengalami sesak nafas sebaik saja membaca profil bekas teman wanitanya,” tulis D’ Amato dan rakannya dari Hospital Pakar Tinggi A Cardarelli di Naples, Itali.

Ibu remaja terbabit bimbangkan kesihatan anaknya mengukur kadar pernafasan anaknya sebelum dan selepas aktiviti Facebook yang menunjukkan 20 peratus perbezaan.

Selepas menemui seorang doktor remaja terbabit memutuskan untuk tidak lagi memasuki Facebook. Ia menghentikan serangan asma yang dialaminya.

D’Amato dan rakannya menyifatkan rangkaian sosial berkenaan boleh mencetuskan tekanan psikologi dan serangan bagi kes pesakit asma yang tertekan apabila melihat perkara tidak disukai mereka di rangkaian sosial itu. – AP


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

3 comments:

  1. Remaja itu juga bermasalah kerana tidak dapat menerima kebenaran,kalau kita orang islam hendaklah kita rela dan redha dengan Qada' dan Qadar ALLAH TAALA.

    ReplyDelete
  2. "Melihat keadaan itu menyebabkan beliau mengalami sesak nafas sebaik saja membaca profil bekas teman wanitanya,” tulis D’ Amato dan rakannya dari Hospital Pakar Tinggi A Cardarelli di Naples, Itali."

    Ini dah kes cemburu, and gila talak mcm org um-NO skrg yg gila talak, tak menghormati pilihan pengundi di sesuatu kawasan yg depa kalah.



    Wakakakakakakakaka...........

    ReplyDelete
  3. "Melihat keadaan itu menyebabkan beliau mengalami sesak nafas sebaik saja membaca profil bekas teman wanitanya,” tulis D’ Amato dan rakannya dari Hospital Pakar Tinggi A Cardarelli di Naples, Itali." Ini dah kes cemburu, and gila talak mcm org um-NO skrg yg gila talak, tak menghormati pilihan pengundi di sesuatu kawasan yg depa kalah. Wakakakakakakakaka...........

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.