Tuesday, November 16, 2010

BANJIR DAH KERING, RAKYAT BASAH DI KENCING UMNO

بسم الله الرحمن الرحيم

ADUN dan AP BN ambil peruntukan negeri Kedah



Maklumat yang diterima mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan belum menghulurkan apa-apa bantuan secara rasmi di negeri itu.

Malah berlori-lori makanan, sardin, minuman, beras, kopi, gula, tikar, susu, pampers dan lain-lain barang keperluan mangsa yang diangkut oleh pihak YB Johari Baharom Ahli Parlimen Kubang Pasu, YB Zaini Japar ADUN Bukit Kayu Hitam, Sahlan (wakil PM), YB Bashah Hanipah ADUN Bakar Bata dan beberapa orang ADUN Barisan Nasional dari pusat pemindahan hadapan di daerah-daerah adalah dibeli dari peruntukan kerajaan Negeri Kedah.

Baru hari ini kerajaan persekutuan mengedarkan borang bagi tujuan pemberian bantuan dan dijangka akan dipertimbang untuk bayaran selepas Eidul Adha.

"Takpalah jika ADUN BN pun ambil barang kerajaan negeri Kedah. Semuanya untuk rakyat Kedah. Tapi janganlah pakat dengan wartawan TV3 dan RTM membohongi rakyat mengatakan ianya dari Kerajaan Persekutuan" kata seorang Penghulu.

"Maknanya selama banjir di Kedah, belumlah ada bantuan dari Najib, Muhyiddin dan Kementerian Pembangunan Masyarakat dari KL. Setakat hari ini 14 November 2010 semuanya masih dari Kerajaan Kedah" kata bekas Pegawai Kewangan Negeri Kedah.

Nampaknya wartawan yang membuat liputan di tempat banjir, beritanya didapati palsu bilamana dia mengatakan Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi keperluan makanan dan lain-lain dengan menggunakan peruntukkan persekutuan

- alkerohi.blogspot.com

Note: kah..kah..kah..kah.. hidup umno...!!!!

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

3 comments:

  1. Sekalipun kebenaran akhirnya terselah jua, namun dah sebati dengan ADUN, MP dan ahli um-NO-ngok yg mereka ni muka tebal, tak tahu malu hingga sanggup menjual harga diri mcm adik siam.

    Wakakakakakakka...........

    ReplyDelete
  2. banjir besar sekali lagi barulah dapat menyedarkan mb tuk wan yg bongkak ini

    ReplyDelete
  3. rumah orang lain kena banjir,media p tanya rumah orang yang tak kena banjir,kalo yang ditanya tu bukan kaki mohong dah jawab dah " HANG P LA TANYA dia, aku mana tau uamh dia
    kena banjir

    ni p tanya pro umno dah tentu statement pemohong

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.