Saturday, November 13, 2010

ADA KETUA MENTERI PUN BODOH

بسم الله الرحمن الرحيم

Jabatan KM Melaka belanja RM329,871 selenggara sebuah kereta!



KUALA LUMPUR: Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) dilapor membelanjakan RM329,871 untuk menyenggara sebuah kereta dari tahun 2005 hingga 2009. Kereta yang diguna JKMM bernombor plat MM5 dibeli pada harga RM117,476 pada tahun 2004, dedah Laporan Ketua Audit Negara
2009
Penyenggaraan kenderaan bertujuan untuk memastikan kenderaan dapat berfungsi dengan baik, selamat digunakan dan mengurangkan kerosakan.

Bagi tempoh tahun 2006 hingga 2009, JKMM telah membelanjakan sejumlah RM5.12 juta bagi tujuan penyenggaraan kenderaan.

Analisis Audit terhadap kos penyenggaraan bagi lapan buah kenderaan yang dipilih mendapati kos senggaraan adalah lebih tinggi berbanding kos perolehan kenderaan iaitu di antara 142.9 peratus hingga 280.8 peratus.

Kos senggaraan yang tinggi adalah disebabkan kenderaan tersebut mengalami masalah kerosakan enjin dan kotak gear. Kos senggaraan berbanding kos perolehan bagi tempoh 2006 hingga 2009

Pada pendapat Audit, pengurusan penyenggaraan di JKMM adalah tidak memuaskan kerana kos penyenggaraan adalah tinggi berbanding kos perolehan, kata laporan itu. - Detikdaily

Note: amboi ali rustam.. harga kereta baru RM177,476.. tapi repair jer hampir sama dengan harga 3 buah kereta baru.. pandai betul KM melaka ni buat kira-kira. Patutlah Melaka maju tapi rakyat miskin melarat.. hidup umno...!!! kah..kah..kah..kah...


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

4 comments:

  1. Melaka berada di bawah KERAjaan mana, Beer-N ka atau PR?

    Kalau di bawah Beer-N, habih semua media massa utama tak akan siarkan berita mengenainya.

    Kalau di bawah PR, 7 hari 7 malam depa dok citer pasai isu tu.

    Jgn anggap rakyat sekarang ni bodoh nak mengharap berita dari media massa utama. Hanya org yg buta ICT, pencacai/penjilat Beer-N saja yg tak reti nak mencari berita/maklumat dari sumber lain.

    Wakakakakakakaka............

    ReplyDelete
  2. WAJAR PER KOS SELENGARAAN KRETA BANYAK TUH... MAKLUM LER KOS KAYU MAHAL UNTUK WAT PEDATI TUH... CAT NYER PLAK MESTI TAHAN CUACA.. KALU IDAK REPUT KAYU TUH DIBEDAL UJAN PANAS... LEMBU NYER PLAK MESTI BAKA BAGUS.. TAK KAN NAK SURUH TARIK KERETA TUH GUNA KETAM PLAK,WALAU KAKINYER BANYAK TENTU JALAN DIA MENGERENGG... DAH TUH PLAK LEMBU TUH KENA PASANG JANTUNG BERKETAHANAN TAHAP TINGGI, TAKAT KUASE JET SLAMBER JER TUHHH... OPSSS SATU LAGI KOS... KOS CUCI TAIK LEMBU TUHHHH OOOHH KRETA LEMBU MAHAL SUNGGUH KOS SELENGARA MOOOOOO

    ReplyDelete
  3. Salam, ala Yob Bujang, ngape ada gulai ketam kat situ...buat Yong Lapor jer. Laa everything bawah BEng mmg mahal punya, no surprise there!

    ReplyDelete
  4. padan muka rakyat penyokong umno bee end...padan padan padan padan padan padan maka rakyat yang sentiasa dan sentiasa di perbodohkan...

    terutama rakyat melaka dan johor..

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.