KUALA LUMPUR, 29 Okt: Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Jeyakumar Devaraj hari ini memfailkan saman terhadap Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas keengganan memberikan peruntukan pembangunan kepada kawasannya.Saman tersebut difailkan melalui firma guaman Srinivasan & Co di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta pagi tadi.
Menurut Jeyakumar, pada 29 Mei tahun lepas, beliau telah mengemukakan permohonan bertulis agar sebahagian daripada Peruntukan Khas Perdana Menteri bagi tahun 2009 untuk kawasan Sungai siput digunakan untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang disyorkan beliau sebagai ahli parlimen kawasan itu.
Namun ujarnya, permohonan itu ditolak sedangkan Dalam Dewan rakyat ada dinyatakan bahawa sejumlah antara RM 1 juta hingga 2 juta diperuntukkan setiap tahun untuk projek-projek kecil bagi setiap kawasan.
"Oleh sebab itu saya failkan satu kes. Kita mengatakan cara mereka mengagihkan peruntukan itu tidak betul. Kerajaan mesti telus, mesti bagi kepada semua ahli Parlimen melalui prosedur yang betul dan ada satu senarai bagaimana duit ini digunakan di setiap kawasan supaya semua ahli Parlimen," kata beliau kepada pemberita di luar mahkamah.
Beliau juga memberitahu, awal tahun ini beliau mendapat satu surat daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri perak mengatakan bahawa mereka meluluskan peruntukan sebanyak RM 1.7 juta untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Shing Chung, PIBG Methodist dan Asrama Anak yatim Nurul Ihsan, Talang Tengah.
Namun katanya, pihak terbabit mekalumkan kepada beliau bahawa mereka tidak pernah menerima peruntukan yang dinyatakan tersebut.
"Jadi ke mana wang ini? Oleh kerana tidak jelas ke mana wang itu disalurkan, kemungkinan ada pihak menyalahgunakan peruntukan ini," katanya yang merupakan ahli parlimen dari Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Sehubungan itu beliau mahu tindakan undang-undang diambil terhadap pihak kerajaan yang ejals mengamalkan 'double standard' terhadap ahli parlimen pembangkang - HD
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.