Wednesday, October 20, 2010

MINUM AIR ZAM ZAM CAMPUR KAHAK

بسم الله الرحمن الرحيم



MANUSIA di sisi Allah adalah sama, kecuali amal ibadat yang membezakan darjat antara sa­tu sama lain. Kisah yang ingin saya kongsi ini berlaku beberapa tahun lalu. Tujuan mendedahkan kisah ini bukan un­tuk mengaibkan orang. Sebaliknya un­tuk di­­ja­dikan pengajaran agar peristiwa sama ti­dak berulang pada jemaah lain yang akan me­ngerjakan umrah atau haji pada masa akan da­tang.

Sebagai hamba Allah, kita sepatut­nya tidak memperlekehkan jemaah lain dise­babkan pe­nyakit batuk kering yang dihidapinya. Biasanya apa yang kita tidak ingini itu akan ber­laku ke atas diri kita. “Harap-harap janganlah aku di­tempatkan dengan jemaah miskin. Aku takut mereka bawa macam-macam penyakit, nanti berjangkit pu­la kat aku”. Kata-katanya itu menimbulkan kemarahan rakan je­maah yang lain. “Tak elok awak berkata begitu. Kita datang ke Mekah untuk meng­ab­dikan diri kepada Allah, tapi awak pu­la fikir bukan-bu­kan,” kata ra­kan­nya.
Sewaktu di Padang Arafah, beliau ditem­patkan bersama enam je­maah lain dalam sebuah khemah ber­­ban­ding khemah lain menempatkan la­pan orang. Sewaktu berehat di dalam khemah, be­liau ter­nampak seorang pegawai Ta­bung Haji ber­sama seorang jemaah lelaki kurus sedang mengendong bekas membuang kahak di pinggangnya. Jemaah tua itu kelihatan menuju ke khemahnya.
“Tuan, saya tak mahu lelaki tua itu di­tem­patkan dalam khemah kami, nanti kami tak selesa". Memang dari dulu lagi beliau tidak tahan dengan kahak, se­bab itu beliau mem­ban­tah has­rat pegawai Tabung Haji menem­pat­kan jemaah kurus itu da­lam khemahnya. Ternyata Allah menge­ta­hui niat setiap hambanya. Apa­bila pulang semula ke Me­kah dan sebaik selesai solat Zuhur di Masjidil­haram, tekak beliau bera­sa amat kering sekali.

Disebabkan terlalu dahaga, tanpa disedari beliau telah mencapai gelas sebelah kiri yang telah digunakan oleh jemaah lain. Sepa­tut­nya beliau ambil gelas baru di sebelah ka­nan tong air zam zam yang belum digunakan. Sewaktu meminum air zam zam itu beliau te­rasa sesuatu yang aneh. Airnya agak pekat dan berlendir. Bila beliau lihat gelas itu alangkah terkejutnya beliau rupanya dalam gelas itu berisi kahak berwarna hijau. Hiii... beliau hampir muntah kerana terlalu geli. Disebabkan tidak puas hati beliau ber­tanyakan pada jemaah berdekatan si­apa yang meng­gunakan gelas itu sebelum ini.
Kebetulan seorang jemaah Pakistan yang sedang tercegat di situ memberitahu dia yang meng­­gunakan gelas plastik itu. Lebih mem­buatkan beliau betul-betul muntah apabila je­maah Pa­kistan itu mengakui dia seorang peng­hidap batuk kering. Dia mengaku kahak di dalam gelas itu di­lu­dahkannya kerana tidak ada tempat lain untuk me­ludah. Kali ini beliau betul-betul termuntah apabila men­dengar pengakuan jemaah Pakistan itu, tapi apakan daya kerana kahak tu sudahpun masuk ke dalam perutnya.
Barulah beliau sedar apa yang berlaku itu mung­kin balasan Allah ke atas dirinya kerana ber­mulut celupar serta suka menghina orang se­suka hati tanpa mengambil kira perasaan orang berkenaan.

***begitulah secebis pengajaran yang orangkasai terjumpa catatannya dalam warta perdana. selalu diceritakan orang bahawa mulut yang celupar ketika di Tanah Suci biasanya akan dibayar cash. tetapi kebanyakannya bayaran cash itu akan menginsafkan mana-mana jemaah yang terlibat. lalu mereka akan menginsafi betapa kerdil dan dhaif kita di sisi Allah swt. kepada muslimin & muslimat yang telah & akan berangkat ke Mekah selamat menunaikan fardu haji mudah-mudahan akan mendapat haji yang mabrur. Biduanita Kak Pah juga khabarnya akan ke Tanah Suci pada 3 November nanti. semoga menjadi titik mula untuk lebih mendekatkan diri padaNya***

- sgkasai




No comments:

Post a Comment

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.