Thursday, October 21, 2010

KAWIN DENGAN ABANG JER DIK.. hehehe

بسم الله الرحمن الرحيم

Rozaliya Lari tak mahu nikah ditemui di Bukit Bintang



Bakal pengantin yang menghilang diri, Rozaliya Mat Lazim (tengah) dibawa keluar oleh ahli keluarganya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis di Kuantan, semalam.
KUANTAN 20 Okt: Misteri kehilangan seorang bakal pengantin Rozaliya Mat Lazim, 20, yang dilaporkan hilang lebih seminggu lalu akhirnya terjawab apabila dia ditemui di Bukit Bintang, Kuala Lumpur hari ini.

Rozaliya dipercayai melarikan diri secara sukarela dan telah bekerja selama dua hari di sebuah kedai serbaneka sebelum penyelianya menyedari bahawa pekerjanya itu adalah gadis yang telah dilaporkan hilang dari rumahnya di Kemaman, Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Mohd. Yusoff berkata, atas maklumat itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan telah bergegas ke Bukit Bintang, kira-kira pukul 12.30 tengahari hari ini.

“Kita kemudian ke sana dan menjumpainya. Pihak polis kemudian membawa pulang Rozaliya untuk bertemu keluarganya di Kuantan,” katanya pada sidang akhbar di IPD Kuantan di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Zulkifli Taha; bapa bakal pengantin itu, Mat Lazim Mat Ismail; tunangnya, Mohd. Hilmi Mohd. Nor dan beberapa ahli keluarga.

Akhbar baru-baru ini melaporkan Rozaliya yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 12 November ini hilang ketika keluar membeli barangan persiapan perkahwinannya di sini pada 13 Oktober yang lalu.

Pada hari itu, Rozaliya yang berasal dari Bandar Baru Cheneh, Kemaman keluar ke bandar bersama tunangnya yang berusia 24 tahun dan kemudian hilang selepas ditinggalkan bersendirian.

Sebelum menghilangkan diri, dia sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada tunangnya yang kononnya menyatakan dia diikuti oleh orang tidak dikenali.

Mohd. Jasmani berkata, hasil soal siasat awal, Rozaliya menyatakan dia secara sukarela telah pergi ke Kuala Lumpur pada hari dilaporkan hilang secara bersendirian.

“Pihak polis dimaklumkan oleh keluarganya bahawa Rozaliya dipercayai melarikan diri disebabkan mempunyai masalah untuk berkahwin dengan tunangnya,” katanya.

Hasil siasatan polis juga mendapati tiada unsur jenayah yang berlaku terhadap kes ini.

“Cuma hanya salah faham dan masalah keluarga. Pihak polis juga akan merakam percakapan mangsa selepas ini,” jelasnya.

Sementara Mat Lazim ketika ditemui berkata, dia amat gembira kerana anak keduanya daripada empat adik-beradik itu dijumpai dalam keadaan selamat.

“Kami amat gembira apabila dia ditemui semula dan berharap dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi,” katanya.

Tambah beliau lagi, keluarganya mungkin akan mengadakan kenduri doa selamat selepas pulang ke rumahnya nanti.

Ditanya sama ada akan meneruskan perkahwinan anaknya dengan Mohd. Hilmi, dia berkata, keputusan itu diserahkan kepada anaknya.

“Kalau dia tidak mahu lagi mengadakan perkahwinan ini, kita akan putuskan pertunangan tersebut. Memang sebelum ini, dia ada berkata yang perangai tunangnya itu agak berubah sejak akhir-akhir ini.

“Dia juga kata sudah tawar hati terhadap tunangnya, namun kami hanya mendiamkan diri kerana sayangkan pertunangan tersebut yang sudah berusia setahun. Selepas ini, kami akan mengikut kemahuannya agar kejadian sebegini tidak berulang,” katanya. -utusan-

Note: no hp, email, FB dia xder ke? hehehehe

15 comments:

  1. salam bai..tok sah la ko gatai2 nak ngorat pempuan ni..bini hang dah cukup lawa n tutup aurat..kasi chance sama aku je la pempuan ni..hahaha

    ReplyDelete
  2. comeynya.. cam agnes monica! haha..
    adeyhh.. ini mcm pon ada ka.. x pasal2 feymes..

    ReplyDelete
  3. nasib baik aku dah berumur, mau juga cuba nasib..

    ReplyDelete
  4. bikin suspen je pompuan ni... nasib baik la tokei kedai tu baik.
    alhamdulillah selamat...

    p/s: mmg comel la die ni... hehehe...

    ReplyDelete
  5. huh klu en3 pasal kawin n tgk pic pempuan..ramainya rakan lelaki yg kasi komen..bawak bersabar na..

    ReplyDelete
  6. YES, yES, yES pAK kARAMU BERSETUJU ! KAHWIN NGAN bUJANG SUSAH, DAH LAMA BUJANG DAN DAH LAMA SUSAH HI HI HI

    ReplyDelete
  7. cadangan pak karamu d tolak..huhuhu

    ReplyDelete
  8. pak karamu terima kasih atas cadangan tu.. itulah cadangan yg terbaik adanya.. ada sape-sape yang boleh dapatkan no phone si Rozaliya ni ke.. hehehehee...

    ReplyDelete
  9. amboi.. pantang nampak awek cun.

    hahahaha

    ReplyDelete
  10. Anonymous 1 : heheee..nak cuba selang nampak...?

    Bujang susah : bg org2 yg betul2 bujang plak la der.ngeh3

    ReplyDelete
  11. perempuan jenis ni memang jenis jalang..bayangkan dari bertudung..buka tudung dan lari sebab lawan cakap ibu bapa..sampai ibu dia kena patuk ular nasib baik tak mati..siap reka cerita lagi..
    korang jangan lah nak ngurat ke apa dia ni..
    sebab nanti ada menteri bodoh akan buat bini atau penerbit filem bodoh akan ambil berlakun..paling tidak buat perempuan simpanan..
    atau paling tidak penerbit tv macam tv3 akan ambil jadi pengacara...
    sebab comel..tapi barang tak tau lagi..mungkin kapal selam boleh buat u turn..he he he

    ReplyDelete
  12. huh... x baik mengaibkan org...

    ReplyDelete
  13. yer la donk.. x baik ko mengaibkan awek tu.. lawa siot... aku pun tergoda maa... kalau buruk mcm rosmah the first witches tu x per jugak.. hihihihi...

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.