Friday, October 22, 2010

APA PANDANGAN ANDA DENGAN KENYATAAN INI?

بسم الله الرحمن الرحيم

Umno Yang Lemah Dan Bodoh Tok Guru Juga Yang Salah? Umno Kelantan tuduh Nik Aziz ‘jual Islam, sanggup berkawan syaitan’

Perwakilan Umno Kelantan hari ini mendakwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjual Islam kerana sanggup berkompromi dengan pihak yang menyindir agama rasmi negara ini.

Timbalan Ketua Umno Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad (gambar) berkata, Menteri Besar Kelantan itu sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja kerana tidak suka dengan Umno.

Beliau terlebih dahulu meminta supaya semua pemimpin Umno untuk kembali berjuang kerana Islam selain bekerja keras untuk mendapatkan sokongan rakyat.

“Kita perlu perbetulkan semua ini.

“Kita perlu pertahankan Islam, adakah kita mahu pertahankan Nik Aziz?

“Beliau sudah menjual Islam, beliau sanggup berkawan dengan syaitan.

“Beliau sudah buang semua ini (Islam), beliau berkawan dengan syaitan kerana benci kepada Umno,” kata beliau ketika membentangkan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.

Md Alwi yang juga Ketua Pembangkang di DUN Kelantan juga menegaskan supaya pemimpin Umno perlu membuang sikap “sombong” yang ada dalam diri dan pada masa sama menyemai semula roh perjuangan parti dengan berdasarkan Islam.

“Umno perlu balik kepada Islam, tidak akan ada orang Melayu kalau tidak kerana Islam.

“Jadi kita perlu kembali kepada Islam, apa yang penting adalah kita perlu menjaga dan mempertahankan akidah,” katanya.

Tambah beliau, Islam yang menjadi pegangan orang Melayu di negara ini akan hancur sekiranya serahkan tampuk kepimpinan kepada PAS.

“Kalau nak harapkan PAS perjuangkan Islam, maknanya hancurlah Islam di negara ini.

“PAS ini celaru,” kata beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional Kelantan.

Md Alwi, Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas berkata pemimpin Umno perlu turun ke padang untuk menemui rakyat bukan hanya duduk di atas sahaja.

“Umno bagi segala-galanya tapi adakah rakyat sokong kita?

“Saya nak tanya kenapa kerajaan PAS rakyat sayang? Kenapa Umno tidak? Ini kerana PAS berjuang kerana Islam.

“Saya tegaskan di sini bahawa kekayaan tidak menjamin kasih sayang. Jadi kita perlu mengubah persepsi ini, pemimpin perlu turun ke bawah menemui rakyat,” katanya.

Note: Bila si tolol dapat mic.. nasib baik tak terus karaoke.. pemimpin umno ni memang jenis benak laa... sekejap cakap lain.. sekejap lagi kasi tukar.. serupa keling... kah..kah..kah..kah..

5 comments:

  1. sakitnya bila baca..menuduh seorang ulama' yg banyak berjuang untuk Islam..nak harapkan umno memperjuangkan Islam? dgn pemimpin yg berani menghina agama Allah yg suci..

    dah buta mata hati yang menuduh..na'uzubillah..Astaghfirullah..

    ReplyDelete
  2. Inilah kenyataan dari salah seorang dari jutaan orang Melayu yang belum merdeka.

    ReplyDelete
  3. diorang sendiri dah menghina Islam sebab cakap Islam sebagai agama rasmi. walhal Islam itu agama persekutuan.

    Kalau Islam tu agama rasmi, maksudnya utk acara2 rasmi je. cth pkai bju batik, baju rsmi hr khamis

    ReplyDelete
  4. errrrr... CELARU PALA OTAK AKU BACA TEKS KAT ATAS TUH,1 PART DIA BG TAU PAS CELARU. TAPI PAS TUU GAK DIA AKUI RAKYAT SAYANG PAS.. TINGGI SUNGGUH BAHASA DIA NOOO.. CELARU.. CELARU.. CENCARUUUUUU

    ReplyDelete
  5. salam
    perkataan paling bodoh dari orang umno wakil dpd kelantan ni...
    tok guru dikatakan berkawan dengan syaitan..syaitan tu sebenarnya orang umno...
    alo kawan..tok guru tu alhafiz lah kawan..sampai nya hati lu cakap macam tu..memang lu ni haramjadah..

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.