Saturday, August 14, 2010

TEMPAT SEKOLAH ANAK LUAR NIKAH BAKAL DIDIRIKAN DILANDA RIBUT

بسم الله الرحمن الرحيم



JASIN, 13 Ogos — Dua orang peniaga bazar Ramadan terbunuh menakala 17 yang lain cedera dihempap khemah yang diterbangkan ribut di pekarangan Stadium Jasin di sini petang tadi. Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Che Suza Che Hitam berkata peniaga yang terbunuh dalam kejadian pukul 5 petang itu ialah Mahadi Mohamad, 40, dari Kampung Gong Merang, Terengganu dan Abdul bin Omar, 73, dari Air Merbau di sini.

“Kedua-dua mangsa cedera parah di kepala terkena khemah sepanjang 20 kaki dan 20 kaki lebar yang diterbang ribut,” katanya kepada Bernama.

Mahadi merupakan peniaga martabak manakala Abdul peniaga cendol. Sebanyak 30 buah khemah didirikan di bazar tersebut.Che Suza berkata tiga mangsa mengalami cedera parah dan masing-masing di rawat dirawat di Hospital Melaka, Hospital Jasin dan Hospital Pakar Putra dekat sini.

“Manakala 14 lagi cedera ringan dan dirawat di Hospital Jasin sebagai pesakit luar,” katanya.

Seorang peniaga yang terselamat, Farim Rosli, 32, berkata ribut yang kuat menerbangkan hampir kesemua khemah di situ.

“Tiba-tiba ribut datang, terbangkan khemah tempat saya berniaga. Nasib baik saya dapat mengelak daripada terkena tiang besi kaki khemah yang diangkat ribut, kalau tidak, tak tahulah macam mana nasib saya,” katanya.

Beliau berkata orang ramai dan peniaga bertempiaran lari menyelamatkan diri.

“Sepanjang tujuh tahun saya berniaga di sini, inilah kali pertama kami (peniaga) dilanda rebut yang cukup dahsyat, walaupun dalam tempoh yang tidak lama,” katanya.

Seorang pengunjung, Fatimah Hassan, 32, berkata ketika kejadian beliau sedang membeli juadah dan keadaan ketika itu begitu kelam kabut dengan masing-masing cuba lari menyelamatkan diri.

”Saya bersyukur kerana tidak cedera walaupun nyaris-nyaris terkena tiang besi kaki khemah,” katanya.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ahli Parlimen Jasin Datuk Wira Ahmad Hamzah, Anggota Dewan Undangan Negeri Merlimau Datuk Mohamad Hidir Abu Hassan dan Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, Hassan Rahman melawat mangsa kejadian. — Bernama



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

2 comments:

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.