Monday, August 30, 2010

PERGHHHH.. BEST GILER....

بسم الله الرحمن الرحيم

Bantuan untuk berkahwin dua

KUWAIT CITY (AFP) Seorang Ahli Parlimen Kuwait mencadangkan supaya kerajaan membantu golongan lelaki negara itu berkahwin dua bagi mengurangkan masalah lebihan wanita yang tidak berkahwin dalam negara yang kaya dengan hasil minyak itu.

"Cadangan tersebut bertujuan menyelesaikan masalah wanita tidak berkahwin, dan menggalakkan golongan janda dan duda membina keluarga baru,” kata Faisal al-Duwaisan, Ahli Parlimen parti bebas Shiite.

Sebelum itu, negara teluk tersebut memang menyediakan ‘bantuan perkahwinan’ sebanyak 4,000 dinars (RM43,521) kepada lelaki Kuwait yang ingin melangsungkan perkahwinan buat kali pertama, yang mana separuh daripadanya adalah sumbangan percuma manakala yang selebihnya adalah pinjaman tanpa faedah.

Duwaisan bagaimanpun, mahu kerajaan menyediakan pakej bantuan tambahan bagi lelaki yang ingin berkahwin dua yang telah memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Pihak lelaki mestilah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada isteri yang sedia ada untuk berkahwin lain. Disamping itu, mereka yang telah bercerai atau kematian isteri juga layak menerima bantuan tersebut.

Wanita yang akan dikahwini hendaklah dari kalangan janda atau sekurang-kurangnya berumur 40 tahun dan belum pernah berkahwin, kata Duwaisan dalam kertas cadangannya itu yang telahpun dihantar ke parlimen.

Panel parlimen akan mengkaji cadangan tersebut, sebelum dihantar ke sidang parlimen untuk pertimbangan lanjut. Jika diluluskan, ia akan menjadi satu undang-undang.

Kuwait, pengeluar kelima terbesar dalam OPEC, menyediakan sistem kebajikan menyeluruh melalui penyediaan subsidi kadar tinggi bagi kebanyakan perkhidmatan awam. Pelajaran dan kesihatan disediakan percuma kepada rakyatnya.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

4 comments:

  1. Ha ha ha,
    Asal berita poligami je melompat sifu aku ni..
    p/s : Tengok video ni pulak,ramai pompuan seksi,bapok pun ada dlm surau.
    http://ijoks2009.blogspot.com/2010/08/umno-menghina-islambuat-majlis.html

    ReplyDelete
  2. assalmualaikum,

    Sila dengarkan Radio Rakyat.net - bersiaran 24 jam sehari .

    Kuliah agama dan isu semasa, bacaan al-quran, promosi iklan produk, hiburan berunsur islamik

    dengarkan online di:

    http://www.radiorakyat.net
    http://www.radiorakyat.blogspot.com

    atau di blog-blog berhampiran anda.

    tuan blog/web juga boleh masukkan kod widget html radio rakyat di http://www.radiorakyat.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. la.. cam tu tapi pasal nak istihar kat bini , nak dapat kebenaran bertulis tu tak pernah dibuat dizaman rasul dulu. Aku yang bodoh ini pun tak pernah nampak undang undang tu dalam Quran. Hanya orang gila yang duduk atas kerusi je yang buat macam tu. Jangan salahkan bayi dilempar merata rata. Bapak aku cakap antara urusan orang mati dan urusan nikah, nikah itu hendaklah didahulukan. Orang tua tua dulu bukan sekolah sangat. tak jadi YB pun, ada jugak akal

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.