Monday, August 9, 2010

LEBIH 700 PENEROKA SAMAN FELDA

بسم الله الرحمن الرحيم



Seramai 766 peneroka Felda memfailkan saman berjumlah RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap agensi kerajaan itu atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit.

Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.

Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.

Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" selama 15 tahun.

Menurut Sivarasa, dalam pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus - seperti kajian Lembaga Kelapa Sawit Malaysia.

Katanya, pihaknya mempunyai dokumen bagi membuktikan bahawa pada tahun 2008 sahaja, setiap peneroka kerugian RM20,000 ekoran kadar itu.

"Ini bermakna selama 15 tahun, Felda menyebabkan kesemua 766 peneroka ini kerugian sebanyak RM200 juta," kata Sivarasa.

Sehubungan itu, Sivarasa yang juga naib presiden PKR memberitahu, kesemua plaintif menuntut ganti rugi am dan teladan, bersama faedah untuk penipuan dan pecah amanah yang berlaku.

Sementara itu, sejak jam 9.30 pagi tadi, kira-kira 300 peneroka Felda mula berkumpul dan memenuhi mahkamah tinggi tersebut bagi menunjukkan sokongan mereka.

Kedengaran mereka bersorak kuat berulang kali tanda sokongan ketika ahli parlimen Subang itu membacakan kenyataaan medianya kepada pemberita selepas memfailkan tuntutan itu.

Dua lagi peguam peneroka tersebut Latheefa Koya dan T Kumar turut hadir. - malaysiakini



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

3 comments:

  1. mmm..org2 felda ni org2 melayu islam..kerana trmakan racun2 kapir ni, mula belajar guna cara yg tiada datang apa2 faedah pada diri mereka sendiri dan Felda.

    lawyer2 tu cari makan dan pada masa yg sama mengembangkan kerjaya politik mereka..

    Kalau benar org2 felda yakni org2 melayu yg beragama Islam tu teraniaya..maka doa2 mereka tu mustajab, tiada hijab!!

    Kapir2 ni tiada apa2 munafaatnya melainkan kerugian semata2.

    Orgg2 Melayu dan beragama Islam ada caranya yg trsendiri utk selesaikan segala kekeliruan dan khilaf..ikut cara yg diberkati dan diredhai oleh Allah swt.

    ReplyDelete
  2. Anon... Malaysia bukan negara islam. Cara kena mengikut negara.. klau bukan negara islam mcmana nak bertindak mengikut perlembagaan islam? kalau undang2 dan perlembagaan malaysia lebih besar dari undang2 hudud, kisas dan takzir mcmana nak jalankan undang2 islam?

    akai ada ka?

    ReplyDelete
  3. anon,
    kalu kair fon ferangai lagi elok dari bangsa sendiri camne?
    tgk skang ni dah ler,org meniaga sket nak bomoh, org nak maju sket bomoh, org felda x brafe fandai ni jadi mangse mlayu gak, mlayu AfNo..
    afe cite kalu org kafir lebih menyokong undang2 hudud dari org islam yg menentang?
    jadah afe ko nak cite ni?
    jgn jadi tyfical malay bule?
    melatu AfNo je yg racist!

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.