Dun Kartun Luluskan 80Juta Dalam Masa 5 JamKetua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin hari ini menyifatkan pengantunggannya dari dewan, ada kaitan dengan perbahasannya yang mempersoal cadangan kelulusan rang undang-undang pembekalan yang mencapai puluhan juta ringgit.
Apatah lagi, dewan itu hanya berlangsung sehari walaupun ADUN Pakatan Rakyat memoho sidang berkenaan dilanjutkan kepada lima hari bagi membahaskan rang undang-undang yang melibatkan RM80 juta.
Dewan berkenaan kemudian meluluskan rang undang-undang itu dalam tempoh lima jam sahaja.
Datuk R Ganesan yang berperanan sebagai Speaker dewan mengarahkan Nizar meninggalkan dewan dan digantung sehari lantaran keengganannya menamatkan perbahasan.
Nizar menganggap tempoh 15 minit perbahasan itu terlalu sempit untuk membincangkan rang undang-undang yang melibatkan puluhan juta ringgit, apatah lagi sidang DUN hanya berlangsung satu hari.
Bercakap kepada TV Selangor, beliau juga curiga dengan hasrat sebenar kerajaan Umno Barisan Nasional yang dilihat tergesa-gesa untuk meluluskan rang undang- undang berkenaan.
“Dia nak habiskan jugak perbahasan rang undang-undang ini hari ini. Mula jam 10 pagi nak habis jam 3 petang. Ia penting untuk luluskan rang undang-undang perbekalan 80 juta. Jadi, kita pohon untuk dilanjutkan 4 5 hari.
“Kemudian, saya bangun berbahas. Lepas 15 minit, saya disuruh berhenti dan mikrofon saya dimatikan. Saya menyatakan hak saya sebagai ketua pembangkang untuk bahaskan rang undang- undang ini.
“Oleh sebab saya berkeras mahu mempertahankan hak saya, speaker kemudiannya mengarahkan bentara membawa saya keluar dewan,” katanya.
Beliau juga merujuk kepada perbahasan di Parlimen yang menyaksikan kelulusan sesebuah rang undang-undangan mengambil masa puluhan hari.
Sebenarnya mereka berkehendakkan bahawa satu peruntukan untuk perkhidmatan am 1982. Untuk pelaburan RM30 juta. Jadi, mereka mintak diluluskan RM50 juta untuk dilaburkan di mana-mana tempat.
“Di mana mereka nak labur, pada siapa mereka labur. Kita tak tahu lagi...”
Nizar turut mempertikai ketelusan kerajaan Umno BN dalam menyalurkan maklumat berkaitan pengurusan dan pentadbiran kewangan negeri itu.
“Tak boleh buat liputan, polis ada di luar dalam. Tak boleh ambil gambar. Tak boleh buat secara siaran langsung. Macam mana rakyat nak tahu atas dasar apa kerajaan negeri luluskan rang undang-undang perbekalan RM80 juta?”
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.