Sunday, August 1, 2010

BAYI NYARIS DIMAKAN ANJING LIAR

بسم الله الرحمن الرحيم

Manusia Durjana ! Bayi nyaris dimakan anjing liar

NIBONG TEBAL: Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat hampir menjadi habuan sekumpulan anjing apabila ditinggalkan di depan sebuah kedai di Taman Cegar, Simpang Ampat di sini, pagi semalam. “Kasihan... ketika saya jumpa, bayi ini menangis dan menggigil kesejukan walaupun dibalut kain dan kertas.
“Saya sangkakan bunyi anjing tetapi apabila memeriksa bungkusan itu, saya dapati seorang bayi. Nasib baik saya jumpa lebih awal, kalau tidak mungkin dimakan anjing yang sering berkeliaran,” kata pemilik kedai itu, Ng Song Huat.

Bayi yang cukup sifat seberat 2.58 kilogram itu, ditemui kira-kira jam 7.56 pagi dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk pemeriksaan lanjut.

Ng ketika ditemui berkata, dia terkejut apabila melihat satu bungkusan di depan kedainya sebaik membuka premis itu untuk pergi membeli barangan dapur.

Dia yang pada awalnya menyangkakan bunyi anjing dalam bungkusan yang dimasukkan ke dalam plastik, terkejut apabila mendapati seorang bayi menangis dan menggigil kesejukan.
Berikutan itu, dia memanggil isterinya untuk memberi bantuan. Pasangan itu kemudian menghubungi polis sebelum membawa bayi itu ke hospital.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Superintendan Shafien Mamat, berkata bayi berkenaan dipercayai dilahirkan di tempat lain sebelum dibersihkan dan ditinggalkan di kaki lima itu.

Katanya, pihaknya sedang menyiasat untuk mengesan ibu bayi berkenaan dan setakat ini belum dapat mengenal pasti keturunan bayi itu.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu dan mana-mana klinik serta hospital yang merawat wanita baru bersalin dalam keadaan mencurigakan, diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

3 comments:

  1. mungkin dari sekolah pelajar hamil

    celaka celaka

    ReplyDelete
  2. Confirm baby Melayu...
    Pelik kan, org kafir tak wat plk keje gitu...

    ReplyDelete
  3. salam wahai sahabat.. memang bagus awak menyiarkan berita ini... tapi dimanakah sumber kamu dapat bahan ini. kenaper tak dinyatakan sumber berita ini...

    hurm... maybe saudara segan kerana saudara pernah mencela mereka kn lepastu ambil berita ini dari mereka

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.