Thursday, July 29, 2010

YANG NI HARAM TAK?

بسم الله الرحمن الرحيم

Jakim disaran perkenal logo haram



KUALA LUMPUR, 29 Julai: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) disaran memperkenalkan logo haram di samping mesti berani untuk mengisytiharkan produk-produk haram di pasaran agar tidak mengelirukan umat Islam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Nasrudin Hassan at-Tantawi berkata, pihak berwajib itu wajar berbuat demikian setelah rakyat dididik dengan logo halal untuk menarik masyarakat pengguna agar mengambil dan menggunakan barangan halal.

“Saya mengira menjadi satu kewajipan juga bagi pihak kerajaan dan berkuasa agama mendidik rakyat dengan logo haram untuk menjauhkan masyarakat umat Islam dari mengambil dan menggunakan barangan haram,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Ini, katanya kerana kini lambakan barangan atau produk haram bagi umat Islam kian bertambah malah semakin membimbangkan umat Islam dan lebih malang terdapat produk yang menggunakan logo halal secara palsu.

Fenomena itu, tambahnya mencetus kekeliruan dan memerangkap umat Islam dalam persaingan dunia perniagaan yang tidak bertanggungjawab.

Selain tindakan tegas dan penguatkuasaan secara serius perlu dilakukan oleh pihak kerajaan dan berkuasa agama seperti memperkenalkan logo haram, ujarnya.

“Sebelum ini, telah banyak kali kita dengar pihak tertentu memalsukan logo halal untuk melariskan jualan mereka, justeru mereka melihat logo halal boleh menarik orang untuk membeli barangan mereka biarpun tidak menepati piawaian barangan halal, sementara pihak Jakim tidak mempunyai skuad yang mencukupi untuk membuat pemantauan yang serius,” katanya lagi.

DPPP, ujarnya menjangkakan andainya Jakim mengisytiharkan produk-produk tertentu yang tidak menepati piawaian halal sebagai produk tidak halal atau haram dan mewajibkan mereka menampal logo haram jika mereka berkeras juga untuk menjual produk tersebut, peluang untuk lambakan barangan haram di pasaran akan menjadi lebih kecil.

Dengan cara itu, katanya pasti tiada siapa yang akan membeli barangan yang dilekatkan logo haram jika mereka benar-benar mahu mencari produk halal di pasaran.

Ini kerana, ujarnya sebahagian besar pengguna tidak mampu untuk mengenali dan mengetahui kod-kod barangan yang haram seperti produk yang mempunyai gelatin dan sebagainya termasuk produk haram yang diimport dari Israel.

Justeru, katanya kod-kod barangan yang mengandungi bahan-bahan haram hendaklah diganti dengan logo haram.

“Jika logo haram dapat dikuatkuasa, maka mudahlah bagi Jakim yang selalu menyatakan bahawa mereka mengalami kekurangan tenaga untuk memantau, justeru produk haram ini tidaklah sebanyak produk halal di pasaran,” ujarnya lagi.

Beliau menambah, risiko pemalsuan logo haram juga mungkin lebih kecil berbanding pemalsuan logo halal, lantaran logo halal menarik perhatian pengguna sementara logo haram tentunya menjauhkan pengguna.

Kaedah Islam, jelasnya asal sesuatu perkara (produk) ialah halal kecuali telah datang nas yang jelas mengharamkannya atau produk itu bercampur dengan bahan dan unsur haram.

“Ertinya yang haram ini jumlahnya jauh lebih kecil dari jumlah produk yang halal. Sepatutnya yang haram itulah diletakkan logonya iaitu logo haram bukan logo halal,” katanya. - Harakahdaily



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

3 comments:

  1. salam..

    yang ada tanda halal pun masih ragu2 lagi kesahihan halalnye..
    inikan lagi yg ade tanda haram..
    haha

    ReplyDelete
  2. nak mempraktikkan jihad memang susah

    ReplyDelete
  3. nanti ada logo HA-L-AM
    halal-haram

    huh..

    saya biasanya cari yang ada logo halal jakim. logo biasa2 sbolehnya elak.. mlainkn xtahu if kwn bg mkn tba2..

    tp prnh jgk, sy check dlu (bungkusan,,kalu xde bgkusan xleh wat pe dah).. logo halal biasa.. saya tolak..

    "maaflah, saya tak makan kalau tanda halal gini.." -jujur-

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.