Monday, July 26, 2010

SIAPA PUNYA KETUA MENTERI LA YANG BEBAL SANGAT NI?

بسم الله الرحمن الرحيم



Ali Rustam yang ingin menubuhkan sebuah sekolah khas untuk pelajar perempuan yang mengandung akibat terlanjur disifatkan sebagai cadangan mengarut dan pelik.

Timbalan Menteri Pelajaran II, Mohd Puad Zarkashi berkata, cadangan tersebut sebenarnya amat tidak praktikal untuk dilaksanakan kerana ia seolah-olah menggalakkan lagi pelajar perempuan untuk mengandung pada usia muda.

Sementara itu, seorang lagi Timbalan Menteri Pelajaran I, Datuk Wee Ka Siong menyifatkan cadangan Mohd Ali sebagai tidak relevan kerana jumlah pelajar perempuan yang mengandung adalah tidak cukup besar sehingga mewujudkan sekolah khas bagi mereka.

Note: Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum. - Riwayat Ibn Majah.

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

2 comments:

  1. satu lagi projek perabih duit rakyat...
    yang menguntungkan kroni dia....

    ReplyDelete
  2. biaq la gejala sosial berleluasa..biaq la budak2 jd takut lalu buang anak merata.

    biaqla... kkedah kelantan uiii moksie sama mcm KL

    huhu guwau guwau dengan puak bewak

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.