Tuesday, July 6, 2010

SAYA AMAT TAKUT PADA ALLAH: TYSON

بسم الله الرحمن الرحيم

Tyson menangis di Raudah

MADINAH: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.
TYSON dengan pakaian ihram bersiap untuk ke Makkah bagi menunaikan umrah, semalam.

TYSON dengan pakaian ihram bersiap untuk ke Makkah bagi menunaikan umrah, semalam.
Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.

Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya, semalam.

Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.

Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat.

Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya.

Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.

Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya.

Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.

“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.

Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.

Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas peninju itu berkata, dia amat takut kepada Allah.
-Agensi-



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

7 comments:

  1. salam akhi bujang susah...

    MasyaAllah ... Alhamdulillah

    masih terkenang kenangan akak di sana Jun lalu...

    ReplyDelete
  2. Subhanallah... si pemeluk Islam baru yg di beri hidayah dan dia menerimanya.. cuba mgenali dan akhirnya jatuh cinta dgn Islam yg indah ini.. Mudah2han mnjadi iktibar buat kita smua yg di lahirkn sbg Islam agr lbih mntaati Allah...

    ReplyDelete
  3. ALHAMDULLILAH dia telah diberi petunjuk..Macam mana dgn kita yg Islam sejak azali...

    ReplyDelete
  4. Huhhuhhu...kagum...mahalnya nilai hidayah..beruntung org yg dapat.Org Malaysia termasuk saya.kita bila lg nak takut Allah?
    Latest post:Masalah wanita dan Facebook

    ReplyDelete
  5. sehebat-hebat peninju bertaraf dunia,
    beliau menangis krn Allah,
    tapi kita sangka kita terhebat,
    pernahkah kita menangis krn Nya dan nabi Muhammad s.a.w?

    Ya Allah ya Tuhan kami,
    ampunkanlah dosa kami,
    dosa kedua ibu bapa kami,
    dosa guru2 kami,
    permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan akhirat,
    murahkanlah rezki kami,
    selamatkanlah saudara mara kami di pelestine, iraq, dan semua umat Islam yg beriman kepadamu ya Allah,
    tempatkanlah kami di dalam golongan org2 mukmin,
    semoga kami dapat menunaikan umrah dan haji pada suatu hari dgn izinMu ya Allah,
    amin ya Allah,
    amin ya rahman,
    amin ya rahim,
    wasallallah saidina muhammad
    wa'ala alihi wasahbihi wasallam
    walhamdulillah hirabbil 'alamin.

    ReplyDelete
  6. sehebat-hebat peninju bertaraf dunia,
    beliau menangis krn Allah,
    tapi kita sangka kita terhebat,
    pernahkah kita menangis krn Nya dan nabi Muhammad s.a.w?

    Ya Allah ya Tuhan kami,
    ampunkanlah dosa kami,
    dosa kedua ibu bapa kami,
    dosa guru2 kami,
    permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan akhirat,
    murahkanlah rezki kami,
    selamatkanlah saudara mara kami di pelestine, iraq, dan semua umat Islam yg beriman kepadamu ya Allah,
    tempatkanlah kami di dalam golongan org2 mukmin,
    semoga kami dapat menunaikan umrah dan haji pada suatu hari dgn izinMu ya Allah,
    amin ya Allah,
    amin ya rahman,
    amin ya rahim,
    wasallallah saidina muhammad
    wa'ala alihi wasahbihi wasallam
    walhamdulillah hirabbil 'alamin.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah hidayah Allah sampai juga padanya..
    moga hidayah Allah bersama kita semua selamanya..

    p/s- pada mulanya teman ingatkan mat tyson yg curi duit dan bawak pi australia dulu tuh...hee..

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.