Isu Pasir - Pertaruangan Sebenar Khir Toyo Dan Noh OmarTindakan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menjuarai isu pasir dengan melawat beberapa tempat di negeri itu didakwa bertujuan untuk memalukan 'pesaingnya' Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.
Ini kerana, lubang besar daripada kesan kecurian pasir - yang dilawati di Batang Berjuntai dan Kuala Langat - merupakan kesan yang ditinggalkan oleh pentadbiran Dr Mohd Khir sebelum ini, dakwa ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei.
"Zaman Khir Toyo menjadi menteri besarlah kawasan yang di lawati Noh Omar di Batang Berjuntai dan Kuala Langat menjadi 'lubang seperti di bom'," kata ADUN PKR itu.
Shuhaimi mendakwa, tindakan Noh itu ekoran keadaan "berlengan populariti" antara kedua-dua tokoh Umno negeri itu bagi membuktikan siapa lebih berpengaruh bagi menerajui parti itu dalam pilihan raya akan datang.
"Sidang akhbar berasingan oleh kedua-dua mereka, hasil ciptaan isu yang sama membuktikan wujud 'perang pengaruh' di antara mereka," kata Shuhaimi.
"Kedua duanya sedang menunjuk 'silat politik' agar tidak terlepas peluang menjadi menteri besar jika dalam pilihan raya umum ke-13 pengundi kembali memilih Barisan BN - istilah saya dalam hal ini ialah sekadar angan-angan Mat Jenin."
Selepas kekalahan BN di Selangor dalam pilihan raya umum lalu, Dr Mohd Khir kini hanya bertindak sebagai ketua pembangkang dan ketua pemikir Umno.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.