Tuesday, July 13, 2010

IBRAHIM ALI GESA UMNO SISIHKAN NAZRI AZIZ JIKA MAHU PULIH

بسم الله الرحمن الرحيم

KUALA LUMPUR, 13 Julai — Datuk Ibrahim Ali membidas Datuk Seri Nazri Aziz dengan menggesa agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu “disisihkan” dari Umno jika parti tersebut dan Barisan Nasional (BN) mahu kembali memperoleh sokongan rakyat dalam pilihan raya umum ke-13.

Ini kali kedua dalam tempoh sebulan ini Nazri dan Ibrahim bertembung pendirian berhubung peranan dan aktiviti Perkasa.

“Perkasa hanya NGO... tidak ada apa yang nak rugi. Jadi ketepikan Nazri jika Umno dan BN mahu dapat kembali sokongan rakyat,” kata beliau sambil menegaskan, pihaknya tidak kisah kenyataan Nazri di lobi bangunan Parlimen awal hari ini.

Presiden Perkasa ini menyifatkan kenyataan Nazri sebagai satu “pandangan daripada orang yang hilang waras berfikir dan pendapat peribadi.”

“Nazri tak layak dilayan kerana tiada nilai dan buang masa. Saya amat simpati tapi apa boleh buat, kenyataan nya membuat umat Melayu lagi membenci pada Ummo.

“Pada masa yang sama tidak tambah nilai pada BN. Perkasa hanya NGO, tidak ada apa yang nak rugi,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini dalam respons berhubung kenyataan Nazri.

Terdahulu Nazri menegaskan, Umno tidak sama sekali menyokong atau mengiktiraf Perkasa yang mendakwa perjuangkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menambah, Umno menentang amalan sebarang bentuk sikap perkauman.

Oleh itu katanya, idealisme Perkasa, pertubuhan yang berusia hampir dua tahun itu, tidak selari dengan fokus pentadbiran Najib yang menekankan pluraliti dan perpaduan.

“Kita harus mengetepikan sama sekali Perkasa. Mengapa saya kata begitu? Ini kerana Perkasa tidak seiring dengan konsep 1Malaysia Datuk Seri Najib,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

“Kami menentang sebarang bentuk perkauman dan sudah pasti (Perkasa) tidak disokong oleh Umno,” kata Nazri.

Oleh G. Manimaran



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

1 comment:

  1. soklan2 yg belum dijawab dek puak ApNo dlm n3 sblom ni...

    komen2 n kebodohan2 org2 ApNo menjawab soklan secara online n live spt di n3 n3 tersebut.

    1) 5 TAHUN TIADA AIR : AHMAD MASLAN BUTA AGAKNYA

    2)SI BUNCIT JUAL AIR BALANG BUAT LAWAK BODOH

    3)MCA KATA IBRAHIM ALI CILAKA

    4) SI BANGANG BIDAS SI BANGANG

    5)Tersalah Bawa Kunci Kondominium?

    6)LUCU DAN PELIK (saifool)

    7)Tokoh Islam setuju penubuhan Baby Hatch...Wahai Ulama, Selamatkan Umat Ini Daripada Kemurkaan Allah!!!

    8) BALAK DIKEBAS ANAK GADIS DIROGOL: DI MANA PIHAK BERTANGGUNG JAWAB?

    9) >>>MENGAPA UMNO MEMILIH MENTERI BODOH?<<< (video)

    tolong bg jawapan, jgn menimbulkan lagi persoalan.
    TQ.
    KERJASAMA DARI PIHAK ANDA AMAT KAMI HARGAI.
    TQ

    MELAYU TAKKAN LUPA

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.