Tuesday, June 22, 2010

SUAMI TANGKAP ISTERI BERKHALWAT

بسم الله الرحمن الرحيم

Hadiah Hari Bapa.


PEGAWAI penguat kuasa JHEAINS menyoal siasat pasangan yang ditangkap berkhalwat di sebuah hotel di Port Dickson semalam

SEREMBAN - Hari Bapa yang disambut semalam sepatutnya menjadi hari paling bermakna untuk mereka yang bergelar bapa.

Bagaimanapun, bagi seorang mekanik semalam adalah sejarah hitam dalam hidupnya apabila isteri sendiri ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki di dalam sebuah bilik hotel di Port Dickson dekat sini.

Lebih memalukan ketika ditahan pada pukul 4.25 pagi oleh sepasukan Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), wanita itu hanya memakai tuala manakala pasangannya berpakaian lengkap.

Kegiatan tidak bermoral pasangan berkenaan terbongkar selepas suami wanita itu sendiri melakukan intipan dan terus melaporkan perkara tersebut kepada JHEAINS.

Menurut suami wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai, Zul, 26, mereka sudah lima tahun berkahwin dan dikurniakan dua orang anak berusia empat dan tiga tahun. - sumber



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

6 comments:

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.