Polis buru pemandu teksi dipercayai perogol bersiri
AMPANG – Polis kini memburu seorang lagi suspek warga emas yang bekerja sebagai pemandu teksi dipercayai terlibat dalam beberapa siri kes rogol.K:etua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, pemandu teksi berusia 54 tahun itu merupakan perogol bersiri sejak Ogos lalu dan sekurang-kurangnya enam remaja telah menjadi mangsanya.
:Abdul Jalil berkata, suspek menggunakan taktik mempelawa mangsa terutamanya pelajar sekolah menaiki teksinya sebelum berpura-pura mengajak mangsa pulang ke rumahnya di Taman Muda kononnya untuk mengambil barangnya.
Terdahulu, dua pelajar berusia 15 tahun dan 16 tahun menjadi mangsanya dalam kes berasingan.
“Mangsa diajak pulang ke rumah dan ketika berada di rumah tersebut lelaki itu menggugutnya untuk membuka baju.
“Mangsa yang ketakutan terpaksa menuruti perintah suspek dan lelaki itu merakamkan gambarnya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, semalam.
Abdul Jalil berkata, beliau percaya pemandu teksi itu dibantu oleh seorang lagi rakannya yang kini masih bebas.
Bagaimanapun, tembelang pemandu teksi itu pecah apabila salah seorang mangsa mengadu kepada kakaknya dan membuat laporan polis pada Sabtu lalu.
Hasil risikan polis, lelaki itu ditahan dihadapan Berjaya Times Square pada Isnin lalu jam 9 malam sewaktu sedang menunggu penumpang.
Menurutnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
sinarharian
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.