Sunday, June 20, 2010

KENAPA NAJIB TAK BERANI KATA VINSETAN PEMBOHONG?

بسم الله الرحمن الرحيم

Tangkis pembohongan ? siapa sebenarnya yang berbohong ?

Hari ini semasa lawatannya di Bagan Datoh, Datuk Sri Najib Razak mahu UMNO dan parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) memberi tumpuan menangkis pelbagai yang kononnya pembohongan Pakatan Rakyat bagi memperbetulkan persepsi buruk rakyat terhadap parti dan kerajaan.

PM 1Malaysia berkata, "serangan balas" terhadap tindakan Pakatan Rakyat itu mesti dibuat bagi mengelak rakyat terus terpesong dengan pembohongan mutlak pihak lawan. "UMNO sendiri mesti menggunakan pendekatan atau metadologi terkini dalam menagkis pembohomgan itu serta supaya rakyat melihat parti itu cekap, dinamik dan segar," katanya berucap pada majlis Program Mesra Rakyat Bersama Pemimpin di Tapak Pasar Minggu Pekan Bagan Datoh.

Nampaknya Najib cuba menutup malunya dengan menyuruh partinya membela segala ketelanjuruan yang dilakukan oleh dirinya sendiri. Bercakap didepan ahli yang semuanya "pak angguk" adalah sesuatu yang saya kira tidak lain untuk meredakan rasa tidak puas hati kepada tindakan yang Najib lakukan.

Sekaligus dia ingin menyakin segala tindakan salah yang dilakukan olehnya supaya diyakini betul dan dibela oleh pengikutnya yang masih dianggap setia itu.

Bayangkan kalau selama ini judi yang jijik dan banyak membawa masalah dalam masyarakat dan keluarga, bertambah koleksinya bila Najib meluluskan satu lagi lesen judi bolasepak kepada Kumpulan Berjaya .

Walaupun Najib cuba berselindung dengan mengatakan lesen belum dikeluarkan, sebenarnya saya lebih percaya kepada pemilik Kumpulan Berjaya , Vincent Tan yang mengatakan lesen judi bolasepak telah diperolehinya.

Semalam selepas merasmikan mesyuarat agung ke-57 Parti Progresif Penduduk (PPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur Najib sekali lagi berkata tiada lesen dikeluarkan oleh kerajaan untuk Judi tersebut.

Dalam keadaan sekarang siapakah sebenarnya yang berbohong ?

Keputusan pemberian lesen judi oleh kerajaan pusat kepada Ascot Sports Sdn Bhd telah ditangguhkan. kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim enggan menyatakan bila tarikh keputusan akan dibuat.

Dalam perkembangan lainp pada notis kepada Bursa Malaysia 12 Mei lalu, BERJAYA berkata: 'Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan berhubung pemberian semula lesen kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.

Perkara tersebut didedahkan oleh Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dipetik sebagai berkata kenyataan bercanggah antara Kementerian Kewangan dan BERJAYA Corporation Bhd menimbulkan kontroversi mengenai siapa yang sebenarnya berbohong.

Kalaulah begitu dalam satu isu yang saya kemukakan ini, kenapakah Najib menuduh Pakatan Rakyat yang berbohong malah menyuruh pengikutnya membelanya sama . Kenapakah Najib langsung dan tidak berani mengatakan bahawa Vincent Tan yang berbohong. Sepatutnya Najib yang mengistiharkan perang kepada Berjaya yang beria-ia sangat mengatakan lesen telah dikeluarkan.

Malah dalam kekalutan itu hartawan Vincent Tan berjanji akan mendermakan lebih setengah bilion untuk tujuan kebajikan. Vincent, antara lelaki terkaya di negara ini berkata wang sejumlah RM525 juta itu akan didermakan melalui yayasannya Better Malaysia Foundation. Menurutnya wang itu diperoleh daripada penjualan kepentingan dalam Ascots Sports bulan lalu kepada Berjaya Corp.

Semuga ucapan Najib di Bagan Datoh adalah bukti yang jelas sikap berdolak dalih beliau untuk menghalalkan banyak lagi tindakan salahnya. Ucapan Najib juga adalah gambaran kepada kebimbangannya kepada segala isu yang dibangkitkan oleh pakatan Rakyat.

Sesungguhnya rakyat sudah cerdik untuk menilai dan rakyat sudah tidak sabar untuk menghukum BN bila tibanya Pilihanraya UMUM ke 13 yang akan datang. malah saya yakin pendedahan sebenar apa yang dilakukan oleh UMNO dan BN yang khianat kepada agama, negara dan bangsa berserta fakta yang lengkap dan jelas lebih diyakini oleh rakyat. - Cinaislam



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

4 comments:

  1. Kalau dia berani kata Vinsetan tu pembohong, alamatnya election fund parti melayu yg nama masih menggunakan bahasa penjajah tapi kecoh berdemo pasai bahasa kebangsaan akan menjadi kosong maaa.....

    Kalau dia berani kata Vinsetan tu pembohong, maknanya dia pun pembohong lorrr...

    ReplyDelete
  2. wakakakka... vinsetan tu kan lombong emas najib. biar dia kata PR menipu biar dia kata rakyat bodoh biar dia kata dia tersilap dari dia nak kata vinsetan tu pembohong. si vinsetan tu jegelkan mata jer dia dah menyorok kat celah kopek bik mama.. wakakakaka...

    ReplyDelete
  3. salam cacamerba,
    namfaknye sudah terbuka mata awak...
    huhuhu...
    syabbas merabaya....

    ReplyDelete
  4. vell_tertelan_aiskrimJune 22, 2010 at 3:24 AM

    celako,,celako,,

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.