Monday, June 7, 2010

DASAR BUMIPUTERA YANG AMAT BERJAYA

بسم الله الرحمن الرحيم


PEJUANG MELAYU LIDAH KONTOT

VINCENT TAN CUBA PERJUDI KEMARAHAN RAKYAT -harakah daily

Tindakan Vincent Tan yang mahu mendermakan RM525 juta hasil penjualan kepentingan dalam Ascot Sports Sdn Bhd kepada Better Malaysia Foundation dilihat cubaan memperjudikan perasaan dan kemarahan rakyat.

Setiausaha Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ), Suhaizan Kaiat berkata, Tan seolah-olah cuba membayar segala tentangan rakyat Malaysia terhadap judi sukan dengan bayaran RM525 juta.

"Apalah maknanya dengan angka RM525 juta dibandingkan dengan kerosakan terhadap keluarga, masyarakat dan negara ekoran daripada kelulusan lesen judi sukan ini.

"Beliau juga seolah-olah cuba mempositifkan minda rakyat terhadap judi sukan melalui bayaran ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

nota:
lesen judi bola diberi oleh mat mongol pada syarikat ascot berita keluar cukong ini dapat lesen judi hakikatnya : cukong ini miliki 70% saham ascot anak cukong ini miliki 30%. kemudiaan bila sudah dapat lesen judi bola cukong ini jual lesen judi ini pada syarikat berjaya. syrikat berjaya ini tersenarai di bursa saham. bila orang ramai tahu berjaya ada lesen jusi maka saham berjaya naik. majoriti saham berjaya juga dimiliki oleh cukong ini juga. cukong ini sendiri akan tentukan berapa harga syarikat berjaya akan beli lesen judi bola dari ascot.

dapat lesen cukong untung
beli judi cukong untung
jual judi cukong untung

kemudian cukong nak wakafkan duit jual lesen judi kepada sebuah yayasan kepala bana laa.... yayasan ini dimiliki oleh cukong ini juga.

inilah melayu – tak sedar sedar – kena tipu sepanjang masa.
pagi ditipu cukong
tengah hari ditipu apno
petang ditipu imam
malam di tipu tv

bumiputera satu malaysia wajib terima kaseh pada madey kerana membantu bumiputera yang bernama abdul vincent bin lebai tan dengan memberi lesen judi kah kah kah - http://tukartiub.blogspot.com/


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

2 comments:

  1. belia benci judi!!!!! harap2 gov sila lah cepat2 hapuskan pemberian lesen judi piala dunia dgn kadar segera....

    ReplyDelete
  2. Ma'af Saudaraku aku kurang mengerti dengan bahasanya tetapi sedikit aku menyimpulkan apakah maksudnya ,boss judi nak wakaf kan duitnya kepada yayasan , ? bila demikian sangat tragis sekali , sama saja kita akan memakan duit judi secara merata, somoga ini tidak terjadi

    "Innallah Toyyib laa yakball illa Toyib ,

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.