Wednesday, June 30, 2010

AWEK KENA RABA DENGAN HANTU BANGLA

بسم الله الرحمن الرحيم



Dua 'HANTU' masing-masing berasal dari Nepal dan Bangladesh ditahan kerana mencabul dua gadis yang mengunjungi Karnival Jom Heboh di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), di sini, tengah hari kelmarin.

Mereka yang berumur dalam lingkungan 30-an itu ditahan dalam dua kejadian berasingan. Dalam kejadian pertama kira-kira jam 12 tengah hari, mangsa berusia 20 tahun yang mengunjungi Karnival Jom Heboh memasuki rumah hantu itu untuk melihat pameran menyeramkan. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuantan, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar, berkata pada masa sama, suspek warga Nepal yang kebetulan berada dalam rumah hantu itu menyamar sebagai hantu sebelum memeluk mangsa dari belakang dengan tujuan menakutkan gadis terbabit.

Katanya, akibat terkejut dipeluk lelaki terbabit, mangsa menjerit ketakutan dan meminta pertolongan pengunjung Karnival Jom Heboh sebelum berjaya memberkas suspek.

Dalam kejadian kedua, katanya, seorang lagi gadis turut menjadi mangsa tetapi suspek kali ini lelaki warga Bangladesh.

Katanya, suspek terbabit bertindak memegang dada mangsa ketika gadis berkenaan sedang berjalan dalam rumah hantu.
Katanya, kedua-dua suspek yang ditahan dalam kejadian itu akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

- inilah padahnya apabila hiburan / budaya berhiburn keterlaluan diutamakan


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

4 comments:

  1. Salam..

    Masyarakat kita dah makin hanyut dengan hiburan. Masing-masing mahu tiru gaya barat termasuk dalam berfesyen. Saya tak heran kalau Lelaki mana pun nak ambil kesempatan meraba dan sebagainya kalau cara berpakaian menjolok mata..

    P/S : Nasihat umum..

    ReplyDelete
  2. jom heboh di Kelantan baru-baru ni tak dengar pula sya ada hantu...

    Agaknya hantu takut nak singgah di'rumah' tok guru kot....

    faham-fahamlah ye

    ReplyDelete
  3. masuk bakul angkat sendili maaa,haiyyaaa itu lemaja hanyut ngandong muncit punya pelut punya kes manyak di kilantan lu buta ka?haiyaaaa

    ReplyDelete
  4. dua tiga melayu jalan2, abis semua disapu setan

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.