Tuesday, May 25, 2010

SEBULAN JE KE.. BUKAN SEPATUTNYA 6 BULAN KE?

بسم الله الرحمن الرحيم

Rahsia Lama KJ Menghilang

SEREMBAN, 25 Mei -- BERSEMANGAT... Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin (tengah) yang juga Anggota Parlimen Rembau bersama para pelatih lain ketika menyertai majlis Perbarisan Tamat Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah di sini, hari ini.



Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan sijil tamat latihan sebagai askar Wataniah kepada Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin yang juga Anggota Parlimen Rembau pada majlis Perbarisan Tamat Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah di sini, hari ini.




Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan tahniah kepada para pelatih askar Wataniah termasuk Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin yang juga Anggota Parlimen Rembau pada majlis Perbarisan Tamat Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah di sini, hari ini.

Khairy menamatkan latihan sebagai askar Wataniah selepas menjalani latihan ketenteraan selama sebulan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor.

Sumber : Bernama

Note: Ada plak krusus asas askar wataniah sebulan jer ek? setahu aku sepatutnya 6 bulan ...


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

15 comments:

  1. PSTD - pasukan simpanan tentera darat memang sebulan je... kalau 6 bulan tu untuk jadi tentera tetap. saya pernah kursus pstd ni sebulan pun masak, kalau 6 bulan hangus terus...

    ReplyDelete
  2. salam wahai sahabat,

    untuk pengetahuan anda, kursus asas perajurit muda (sukarela) cuma sebulan sahaja kerana kami adalah anggota yang terdiri dalam pasukan simpanan, bukannya anggota tetap. berlainan anggota tetap, ya...mereka akan berkursus wajib selama 6 bulan di PUSASDA.

    andai saudara ada kemusykilan tentang penglibatan dlm pasukan AW, bolehlah bertanya kpda saya...selagi mampu dan apa yg saya tahu, akan saye bantu untuk saudara lagi fahami tntg pasukan kami.

    sekian, wassalam...=)

    ReplyDelete
  3. ooo ok.. mekasih sahabat sumua... sorry.. mmg x tau pun sebenarnya sbb x pernah join wataniah pun. Dulu traning pun kat Afghanistan. wassalam.

    ReplyDelete
  4. hahahaha afghan,,,,,,, gua training kat bah soon pah road sembawang singapore ......

    ReplyDelete
  5. salam,

    Hang ketinggalan sungguh..aku jadi ketua jurulatih rekrut wataniah 4 siri..

    Rekrut wataniah sebulan shj... sekarang dipanggil perajurit muda..

    Rekrut kat port dickson laa ni pun 3 bulan..

    dulu mmg 6 bulan...itu pasal askar muda laani kurang latihan tempur..

    ReplyDelete
  6. hahahha...
    aku pon training kat afghan,
    under syabab.

    tapi kenapa saudaramara saya di palestine dibunuh kita kat sini xde tindakan ape2?

    kita kat sini hanya mampu meberi bantuan dari segi kewangan n prubatan jek, sampai bile?

    perumpamaan macam org ketuk kepala BS (contoh ek bro..), kite pembaca hanya bagi ubat n duit je, kite pon tahu BS insan yg lemah (sambil lagu background ~~aku insan yg lemah~~ hanya mampu bserah~~), sepatutnye kite hentikan org yg mengetok BS, bukan merawat BS, kalo stakat rawat n hulur $, sampai bile?

    ReplyDelete
  7. hehehe.. DER gondol.. contoh org lain xleh ke ? jgn ko report polis plak aku sebut der tu... hehehe

    Banyak aku traning ketenteraan yang x sampai sebulan ni.. diantaranya kat red alert, medal of honor, sniper assassin, heroes of the pacific dan counter strike.

    hehehe..

    ReplyDelete
  8. sebab tu la kena selalu husnuzzan.... berbaik sangka itu xpernah merugikan....

    ReplyDelete
  9. der BS,
    hahaha..lame x main CnC general.
    install mlm ni gak!

    diharap pihak BS dapat menghalalkan ucapan DER tu. hehehe

    ReplyDelete
  10. bujang susah...saya selalu lawat blog sdra..byk gak yg menarik..tp tolonglah cerita fakta yg betul..bila tak betul, dah kira fitnah...fitnah itu lbh teruk dr membunuh...maaf..saya sdra lebih arif tentang hukum..

    ReplyDelete
  11. Salam anon.. cuba saudara lihat akan tajuk entry ni betul2.

    "SEBULAN JE KE.. BUKAN SEPATUTNYA 6 BULAN KE?"

    Tajuk itu sendiri merupakan satu soalan. Adakah bila kita tidak tahu kemudian bertanya akan dikira salah? malahan saya juga meminta maaf kepada dua sahabat yang komen dan menerangkan akan kedudukan sebanar.

    Atau adakah saya mencaci mencarut atau menuduh KJ itu menyalahgunakan kuasa? Jika marahkan pada saya pun Harap saudara bersabar.. hehehe..

    Walau bagaimanapun terima kasih dgn ingatan ikhlas dari saudara.
    -----------------------------------

    gorgondolamedusa... anda bakal menghadapi tuduhan mahkamah kerana mengunakan perkataan "der". kerana menurut shyfools "der" adalah ugutan bunuh... hehehe

    ReplyDelete
  12. betol ke skg ni rekrut 3 bln jer?

    ReplyDelete
  13. Selepas selesai latihan prajurit muda (sukarela) apa Dan nk membolehkn diserap tetap mcm mana?

    ReplyDelete
  14. Lps latihan 6 bulan,bole ke klu kita smbg form 6 balik bru keje.....cuma soalan biasa....mohon balas...tq

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.