Thursday, May 13, 2010

LEMPENG PISANG

بسم الله الرحمن الرحيم



Bahan-bahan :
• 5 biji pisang berangan
• 1 cawan tepung gandum
• 1 biji telur
• ½ cawan kelapa parut putih
• 2 sudu besar gula
• Sedikit garam

Cara membuat:
1. Lenyek pisang hingga halus dan masukkan semua bahan.
2. Gaul sebati dan ketepikan.
3. Ambil sedikit adunan dan tuang atas kuali. Ratakan dan biar hingga garing. Balik-balikkan agar lempeng masak sekata.
4. Boleh dimakan bersama kuah kari atau sambal ikan bilis.



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

6 comments:

  1. uikss..sedapnya! terasa nak mkn lempeng pisang pulak tghari ni, tambah kelapa mmg sedap, lemak skit rasa kan, :)

    ReplyDelete
  2. sedap ni bro...nak nak bahagian yg hangit2 sket...memang terbaaeekkkk...

    ReplyDelete
  3. lempeng mengingatkan sy pada emak sy,beliau sgt suka akan makanan ini~walaupun simple tp bermakan buat dirinya,mengingatkan pada zaman kehidupan masih sempit,makanan juga besederhana,saat2 manis bersama keluarga,susah senang dilalui bersama senyuman,juga membawa ke arah pengorbanan ibu bapa,makannya sedikit kerana diberikan selebihnya buat anak2...

    p/s: maaf sy rs mungkin kerana setting pada blog sy mnybbkan blogger2 xdpt tgglkn comment.dah try godek2 td,moga ada perubahan.

    ReplyDelete
  4. salam BS

    aik teliuq pulak dgn menu nie..tambah2 buat menu berbuka....mohon izin cut dan paste.temakasih nooo

    ReplyDelete
  5. haa makanan ini sesuai dijadikan sebagai sarapan pagi..

    ReplyDelete
  6. aku dahlah tengah lapar. msuk blog ni ttiba dhidagkan dgn lempeng. lg lah lapar.. kecur air liur...

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.