Saturday, May 29, 2010

KUALA NERANG: UMNO DAH START BERKEMPEN KE?

بسم الله الرحمن الرحيم



TURUN PADANG... Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid (kanan) yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pedu menyampaikan sumbangan kepada warga emas Eliam a/l Bun Kiau, 72, pada program Ziarah Komuniti Zon Nami di Kampung Sungai Pisang, Lubuk Merbau, Kuala Nerang, hari ini. Mahdzir berkata, program turun padang itu melibatkan tiga buah kampung iaitu Kampung Sungai Pisang, Kampung Suka Mari dan Kampung Berjaya bertujuan menyalurkan bantuan kepada penduduk miskin tegar, pesakit kronik dan ibu tunggal. Agensi yang turut menyertai program itu ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pembangunan Negeri dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Foto BERNAMA

Khabar angin yang mula bertiup menunjukkan kemungkinan satu lagi pilihanraya kecil akan berlaku di DUN Kuala Nerang, di bawah Parlimen Padang Terap, Kedah setelah ADUN Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim dilaporkan muflis.

Menurut berita yang dipercayai, Speaker DUN Kedah, Dr. Isa Ismail sudah menghantar surat kepada SPR berkenaan kekosongan kerusi DUN tersebut. Berikutan itu, semua jentera parti terutama PAS dan UMNO mula digerakkan untuk mengadakan persiapan menjelang pengumuman pilihanraya kecil tersebut.

Datuk Syed Sobri Syed Hashim yang memenangi Pilihanraya ke 12 yang lalu menewaskan Ust.Zawawi Ahmad yang merupakan YDP PAS Kawasan Padang Terap dengan majoriti hanya 805 undi.

N7 KUALA NERANG

Jumlah Pengundi: 18,394
Peratusan Kaum: M:96.91% C:1.97% I:0.19% L:0.93%
1. Datuk Syed Sobri Syed Hashim (BN) (7,856)
2. Zawawi Ahmad (Pas) (7,051)
Majoriti: 805
Jumlah undi: 15,216
Peratus mengundi: 82.72%
Undi rosak: 309 - Malaysiakini

Note: Orang Kuala Nerang... mintak jangan tak mintak.. ni la masanya.. Dia dah menang nanti hapah pun korang x dpt...

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

5 comments:

  1. OH.. Kuala nerang ni YB dia org umno ke? pakcik tu punya rumah pun mcm reban ayam selama ni YB dia x nampak ke? Bila dah nak start mengundi semula baru datang bawak kain pelikat sehelai dua ke? Mcm ni ka rupanya umno?

    ReplyDelete
  2. wah..betol cepatnya lah diowang ni~huhuhu..
    nape ler kat sini x de PRK ..kalo x,abes aku pau kan..huhuhu

    ReplyDelete
  3. SPR dan UBN ..jangan setakat pilihanraya di Kuala Nerang saja..

    Kota Siputeh pun sekali la..
    dah kosong kan orang kata..

    aku nak tengok hampa ada telog ka dak..berani ka nak bertanding..hehe

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.