Friday, April 2, 2010

PEKASAM IKAN PUYU

بسم الله الرحمن الرحيم



BAHAN-BAHAN

1 mangkuk beras,
1 cawan garam kasar,
Air suam secukupnya &
1kg ikan puyu (boleh pelbagai jenis ikan).

CARA-CARA

1)Ikan disiang serta di cuci sebersi-bersihnya dan kemudian digaul dengan garam kasar dan dibiarkan semalaman didalam bekas yang tertutup.

2)Beras digoreng sehingga perang dan dimesin halus.

3)Campurkan 3 cawan air suam serta 1/2 cawan garam kasar dan gaul sehingga larut.

4)Masukkan beras yang telah dimesin kedalam campuran air garam tadi dan jangan sehingga terlalu pekat-(bahan A)

5)Ikan yang telah diperap tadi dibasuh terlebih dahulu untuk mengurangkan kemasinan.

6)Celupkan ikan tadi seekor demi seekor kedalam bahan A dan susun didalam bekas yang ditutup rapat (balang atau tupperware) dan dibiarkan selama 4-5 hari.

7)Untuk lebih sedap simpan sehingga 1 minggu.

*Peringatan:Pekasam ikan puyu boleh tahan selama 1-2 bulan sekiranya dibuat mengikut aturan.
Cadangan Hidangan:
Untuk lebih 'kick' goreng sehingga garing dan masukkan bawang (kecil atau besar).Ikan tadi dihidangkan bersama perahan limau nipis.
Tambahan:
Jikalau puan-puan tidak gemar ikan air tawar ikan laut pun boleh dijadikan pekasam. 'SELAMAT MENCUBA' - Sumber


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

11 comments:

  1. kat sana pun ada ikan puyu ke?

    Export balik mai Malaysia...hehehe

    ReplyDelete
  2. tak makan ikan puyu..tapi kalau ikan lain di buat pekasam pun sedap jugak...

    ReplyDelete
  3. oo x makan ikan puyu ke siti.. bak bagi kat saya ...hehehe

    ReplyDelete
  4. Erm... Sedap2,
    Ni kalo makan dgn nasi panas2, bleh tambah 2x nih.. Gantikan dgn terubuk pn sodap kan..? hehe.. tq 4 da recipe.wslm.

    ReplyDelete
  5. Bagaimana rasanya ikan pekasam? Tuan & puan yang biasa makan boleh bagitau saya.. Saya pernah rasa tapi tak berapa suka pekasam.huhu

    Biasa ikan yang dibuat pekasam ini iaitu ikan lampam kan.

    ReplyDelete
  6. Slm...

    berapa harga puyu pekasam dipasaran semasa??

    ReplyDelete
  7. sedapnyer...dah lme xmakan ikan pekasam..nnt nak cuba la, THANKS for resepi... :)

    ReplyDelete
  8. Klu buat daging pekasam reti x?

    ReplyDelete
  9. best....tq boleh dijadikan resepi hari ahad...
    jangan lupa lawati blog sy
    nasuhabeautyandhealthclub.blogspot

    ReplyDelete
  10. best...terima kasih
    jangan lupa lawati blog sy
    nasuhabeautyandhealthclub.blogspot

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.