Untuk kawan2 REFORMIS...sebelum mula, suatu perkara yang ingin aku katakan pada kawan2 reformis,
yang aku kenal
yang aku pernah kenal
yang aku tak sempat kenal
yang aku belum kenal
yang aku masih kenal
yang kenal aku
yang tak pernah kenal aku
yang sejak 98
yang sesudah 98
yang masih berhingus waktu itu
yang sebelum-sebelum 98
yang baru sertai tapi teguh berdiri
Aku tabik kalian!
Kawan
teruskan perjuanganmu
kerana perang ini masih jauh
pedulikan si pengkhianat
zaman nabi sudah lahir makhluk begitu
depan tunduk belakang menyudu
busuk hati diselindungi manis mulut
mati Tok Janggut pun angkara pembelot
kerana diri bertuhankan perut
Kawan
aku tahu kamu susah
banyak yang telah kau korbankan
aku juga terkial hari ini
mencari sesuap nasi
siapakah lebih miskin dari Isa a.s
siapakah lebih berat cubaannya dari Rasulullah s.a.w
berbanggalah dengan nasi murah di pingganmu yang bermaruah
jangan terliur daging panggang di pinggan ungu dan merah
biar atap rumah bocor
melihat wang air liur tak kecur
biar lantai retak seribu
tapi tembok kejujuranmu
kukuh dan jitu
Kawan
tak salah kau meminta-minta
kerana sememangnya kau layak begitu
tapi jangan kau simpan harapan seribu
kelak kau kan kecewa
pedulikan mereka jika kau rasa mereka lupakan kita
perjuangan ini bukan untuk mereka
jangan lupa iktibar Uhud
leka mengumpul harta kerana menyangka kemenangan di mata
sedang musuh bangkit semula
menendang kepala
Kawan
jangan kau fikir perang ini mudah
belum tentu esok kita kan menang
mungkin kita tak sempat melihat kemenangan ini
seperti Umar Tan
atau lelaki semuda Salman (terkorban dalam kemalangan tiga hari sebelum PRU 12)
Mungkin kemenangan manis bahagia
milik anak kita
yang mewarisi perjuangan suci
ayahanda bondanya
kerana kalah menang
Dia tentukan
tugas kita hanya lawan
LAWAN TETAP LAWAN!
Salut juga untuk pejuang sejak 1511 hingga Merdeka - LabunKulupSakah
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.