Saturday, February 27, 2010

SIAPA JUARA ROMPAK BALAK?

بسم الله الرحمن الرحيم



JENIANG, 22 Feb - Walaupun pelbagai tuduhan dilontarkan terhadap kerajaan negeri Kedah namun hakikatnya Pakatan Rakyat berjaya melipat ganda pendapatan daripada pembalakan berbanding pentadbiran lama Umno-Barisan Nasional.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Kedah berjaya memperolehi pendapatan sebanyak RM38 juta berbanding RM8 juta sahaja di bawah BN.

"Saya merasa hairan bagaimana kerajaan negeri dapat pulangan lumayan berbanding pulangan pembalakan zaman BN yang hanya dapat jumlah yang sikit dan ke mana perginya untung balak semasa pentadbiran mereka.

"Kejayaan kerajaan negeri mengamalkan tender terbuka menjadikan perancangan lebih teratur bagi menyalurkan projek kepada kontraktor-kontraktor bagi meneruskan pembalakan," kata Datuk Seri Azizan.

Beliau berkata Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia menganggu pentadbiran negeri dengan dakwaan berlaku penyelewengan pembalakan tetapi pada masa yang sama agensi itu gagal menyiasat mana perginya keuntungan pembalakan ketika pentadbiran BN.

"Kita dah tau taktik kotor BN yang sentiasa tutup penyelewengan mereka tetapi sengaja mengadakan cerita untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kedah yang berada pada tahap yang memuaskan.

"Sistem tender secara terbuka memberi pulangan terbaik kepada kerajaan negeri kerana perbezaan tinggi sehingga puluhan ribu ringgit seekar daripada kontraktor untuk merebut kawasan pembalakan menjadikan keputusan adil dicapai tanpa berlaku penyelewengan kepada mana-mana kroni," tegas beliau.

Menurutnya Menteri Besar lagi kerajaan negeri membuat perancangan terbaru dengan bantuan Bank Islam Malaysia yang memberi pinjaman RM350 juta untuk membina Universiti Islamiah di Kedah.

"Projek kita bina Universiti Islamiah hanya RM350 juta dan jika kerajaan pusat atau BN nak bina universiti yang sama akan menelan mencecah belanja lebih RM1 bilion.

"Kerajaan negeri sentiasa merancang pengurusan kewangan sebaik mungkin tanpa berlaku sebarang pembaziran," katanya pada ceramah isu semasa bersama Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan di Jeniang, Kedah semalam.
Ceramah tersebut dihadiri lebih 50,000 penyokong Pakatan Rakyat. - suara-keaddilan.com

Suatu hal yang telah tercicir dari pemahaman kebanyakan umat Islam hari ini adalah mengenai hak milik umum (public ownership) menurut syarak. Setiap produk yang boleh dimanfaat oleh umum dan jumlahnya adalah banyak seperti balak adalah termasuk dalam harta milik umum. Islam tidak memberikan hak kepada sesiapapun termasuk negara untuk mengeksploitasikan kekayaan seperti ini. Ia tetap dimiliki secara mutlak oleh umum (seluruh warganegara Daulah). Bagaimanapun, ia boleh diolah menjadi harta dalam bentuk lain yang boleh dimanfaatkan bagi rakyat umum, misalnya, hasil jualan balak boleh dijadikan modal kepada pembangunan prasarana umum seperti hospital, sekolah, jalanraya dan seumpamanya. Namun untuk dijadikan sebagai hasil (perolehan) negara, tidak sama sekali! Jika berlaku ia merupakan suatu pengkhianatan oleh negara kepada warganegara.

Senario yang berlaku hari ini adalah bertentangan dengan Islam kerana sistem ekonomi yang menunjangi kehidupan adalah sistem ekonomi kapitalis. Dalam kapitalisme, kebebasan dalam kepimilikan (freedom of ownership) menjadikan siapa sahaja boleh memiliki apa-apa sahaja untuk dijadikan apa-apa sahaja dalam memenuhi tuntutan nafsu. Jadi, tak hairanlah hari ini, jika siapa saja yang memiliki kuasa mampu merompak harta umum habis-habisan sekalipun ia pemimpin yang mengaku beragama Islam kerana nafsu dan kejahilannya terhadap hukum hakam Islam menutup akalnya! Maka berbanggalah mereka dalam kejayaan aktiviti rompakan mereka terhadap rakyat melalui hasil balak, minyak, galian, tol, tarif elektrik, bekalan air dan seumpamanya! - jebbat.blogspot.com


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

3 comments:

  1. aslamulikum
    kalau tanya kat budah darjah enam mesti boleh jawab

    ReplyDelete
  2. oooo..baru tahu...thanks ya atas info~ =)

    ReplyDelete
  3. Biasalah kalau UMNO ambil duit itu rasuah. Kalau PAS ambil duit itu amal jariah. Semasa ceramah UMNO hujan turun di namakan hujan bala. Kalau PAS berceramah hujan rahmat. Kedua tiada bezanya. Ahli PAS dah pakai kereta mewah, baju stitch yang mahal, bini pun dah banyak sanggup boleh bayar bini muda RM3 juta dari duit balak.

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.