Tuesday, February 23, 2010

KENAL ALLAH DAHULU BARULAH SYARIAT-NYA

بسم الله الرحمن الرحيم


Di dalam ajaran Islam, mengenal Allah lebih dahulu adalah perkara yang pertama dan utama
Selepas itu barulah mengenal Allah agar hamba-hamba- Nya
Di kalangan manusia cinta kepada-Nya

Pepatah melayu ada berkata: Tidak kenal maka tidak cinta
Percaya sahaja adanya Allah tapi tidak kenal Allah sudah tentu cinta tidak berbunga
Tidak cinta kepada Allah, syariat-Nya tidak orang tidak akan menghormati

Mari kita mengenal Allah agar kita cinta kepada-Nya
Allah yang mencipta dunia Akhirat dan seluruh isi-Nya
Mencipta manusia bahkan mencipta segala-galanya
Dia adalah Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Melihat, Maha Mendengar,
Maha Berkehendak dan kehendak-Nya tertunai segala-galanya

Allah adalah mengadakan dan mentiadakan, mematikan dan menghidupkan
Menghukum sama ada di dunia mahupun di Akhirat
Kerana keadilan-Nya

Allah adalah segala-galanya
Dialah yang memberi makan dan minum,
Dialah yang menyakitkan dan menyembuhkan
Dia juga menyenangkan dan menyusahkan,
Memiskinkan dan mengkayakan
Menjatuhkan dan menaikkan seseorang atau sesuatu bangsa

Memberi rahmat dan nikmat,memberi nikmat dan bala bencana
Mendidik, mengasuh, menjaga dan memberi keselamatan
Memberi petunjuk dan menyesatkan sesiapa yang Dia suka
Tapi semuanya berlaku dengan ketentuan dan hukuman-Nya

Siapa yang masuk Neraka adalah dengan keadilan-Nya
Siapa yang masuk syurga adalah dengan rahmat-Nya

Allah adalah Zat yang Maha Esa,
Tidak ada bandingan dan tandingan
Tidak ada penyamaan dan penyerupaan
Maha suci daripada penyerupaan dan Maha Suci daripada dapat dilintaskan

Hakikat Zat-Nya Dia sahaja yang mengetahui
Tiada di kalangan makhluk-Nya yang mengetahui
Sekalipun para malaikat yang suci daripada dosa dapat mengetahui

Kuasa atau kudrat-Nya bukan dengan tenaga
Kehendak-Nya bukan dari perasaan-Nya
Tuhan tidak ada perasaan macam manusia
Yang berkuasa dan berkendak adalah Zat-Nya

Begitu juga melihat,mengetahui, mendengar adalah zat-Nya
Yang mempunyai sifat-sifat itu adalah zat-Nya
Yang mempunyai sifat-sifat itu semuanya
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Maha Qahhar dan Jabbar


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

4 comments:

  1. salam BS,satu article yg pendek dan ringkas tetapi padat buat renungan semua.alhamdulillah.betul tak kenal maka tak cinta,mak cik setuju tu.dengan mengenali Allah akan ada rasa takut,gerun,menghormati dan mengikuti apa yg disuruh dan menjauhi apa yg dilarang.

    ReplyDelete
  2. Salam buat saudara BS,bagus artikel yang sebegini,sama-samalah kita usahakan tentang perkara mengenai ketuhanan ini,seandainya kita semua sedar tentang peri pentingnya mengenal tuhan,insyaALLAH,kita akan bersatu...

    marilah kita bersama berusaha dalam hendak mengenal Tuhan yang Maha Esa yang tiada dua atau tiganya dengan mengikuti cara yang ditunjuki oleh Baginda Rasulullah s.a.w.

    (minta izin untuk copy artikel ini)

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. Tuan,, salam! jika begitu, setiap yg ada nama mesti ada rupa?????

    ReplyDelete
  4. Salam tuan
    entri yang baik, ilmiah.
    bagus menambah pengetahuan..

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.