Sunday, January 24, 2010

JANGAN JADI KATAK SUDAH LAAA...

بسم الله الرحمن الرحيم

Sah, bekas pengerusi Gerak sertai PKR


[Mohd Nazree Mohd Yunus, (kiri) menyerahkan borang permohonan menyertai PKR kepada Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini.]

Oleh G. Manimaran

PETALING JAYA, Jan 24 – Mohd Nazree Mohd Yunus, yang semalam disahkan melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak), hari ini menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Nazree, 26, merupakan pengerusi kedua Gerak, menggantikan Ezam Mohd Noor yang Jun 2008 menyertai Umno.

Beliau menjadi ahli sayap pemuda PKR. Beliau mengumumkan perkara itu pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini sebentar tadi. Penyertaan Nazree disambut oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin. Beliau sebelum ini pernah dikaitkan dengan PAS dan Umno.

Bekas pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dan Solidariti Mahasiswa Malaysia sebelum ini menggariskan kepada The Malaysian Insider bahawa parti yang bakal disertainya harus mengamalkan prinsip keadilan, keterbukaan dalam memberi pandangan dan memperlihatkan sifat-sifat futuristik.

Di bawah kepimpinan Nazree, Gerak antara lain pernah membuat aduan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo dan juga penggantinya Tan Sri Khalid Ibrahim. Khalid merupakan Pengerusi PKR Selangor. Bagaimanapun Khalid menafikan dakwaan Nazree dan telah memfailkan saman terhadapnya yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah ke atas beliau.

Dalam samannya Khalid mendakwa dirinya difitnah ekoran kenyataan akhbar dibuat Nazree pada Jan 21, 2009, bertajuk ‘Amalan Rasuah dan Salahguna Kuasa Menteri Besar Selangor’ dan ‘Laporan Salah Guna Kuasa Menteri Besar Selangor’ pada Feb 3, 2009, berhubung pengagihan lembu korban dan juga juga penyalahgunaan wang kerajaan untuk membiayai kereta peribadi. - themalaysianinsider

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

No comments:

Post a Comment

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.