Sunday, January 31, 2010

DUA HOTEL DI MELAKA DAPAT ANUGERAH HOTEL TERKOTOR DI ASIA

بسم الله الرحمن الرحيم



Apakah malangnya rakyat Melaka. Rakyat melaka dimalukan sekali lagi! Selepas Eye On Malaysia disita hari ini rakyat Melaka diaibkan sekali lagi apabila dua buah hotel terkemuka di negeri ini mendapat anugerah hotel terkotor di Asia. Dua hotel berkenaan diletakkan kedudukan ke 4 dan ke 9 paling kotor di Asia berdasarkan satu kajian antarabangsa melalui maklum balas mereka yang pernah menginap di hotel berkenaan.

Perkara ini dinyatakan oleh Penasihat Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Chua Kim Tee.

Kini imej Melaka semakin merudum di kalangan pelancong sama ada dari dalam atau luar negara. Dalam hal ini kita wajar berterima kasih kepada pihak hotel dan kerajaan negeri yang bekerja keras serta berganding bahu sehingga melayakkan Melaka mendapat anugerah yang cukup berprestij ini. Maka benarlah slogan yang terpampang apabila memasuki negeri Melaka ' Melawat Melaka bermakna melawat Malaysia'.

Jika Hotel Water City sebelum ini diarah tutup oleh kerajaan negeri kerana tunggakan hutang bil air kepada Syarikat Air Melaka dan hutang lain kita tunggu apakah tindakan kerajaan negeri dalam hal ini. Adakah kerajaan negeri akan bertindak terhadap hotel berkenaan yang salah sebuah daripadanya dimiliki oleh bekas pemimpin kanan Umno negeri ini. - angkasanuri


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

8 comments:

  1. salam,Kes macam ni yang sepatutnya dapat hadiah penyapu baru kena dengan situasi.

    ReplyDelete
  2. Nak bg hadiah pnyapu gak ke ni??

    bagi vacum sekali kot..

    mmg memalukan sungguh..

    ReplyDelete
  3. Salam Bujang. Antara negeri yang sering babah lawati ialah Melaka kerana landskap luarannya yang cantik. Tak sangka pula dapat anugerah hotel terkotor. Mungkin kajiselidik dibuat untuk hotel 5 bintang tak? Hotel2 kecil tak termasuk. Lagi pula, kekotoran yang dimaksudkan secara relatif dengan hotel-hotel ternama yang lain, bukan kotor Mutlak. Wallahualam.

    ReplyDelete
  4. salam.terjejasla slogan melawat melake bererti melawat malaysia.cane klu pandangan pertama pelancong asing.ikh..ikh..

    ReplyDelete
  5. alahaiii...buat malu orang MELAKA je lah...jangan le jadik indah kabau dari rupe...cepat bersihkan hotel tuuuu....!!!

    ReplyDelete
  6. ermmmm... malunya hamba jadi anak melaka... sebenarnya bukan setakat hotel je.. sungai dan pantai melaka pun boleh dikatakan yang terkotor. melaka ni yang indah sebenarnya bila malam hari. pub serta disconya yang meriah dan melata bak cendawan tumbuh selepas hujan nun di melaka raya tu ha. bersebelahan roda eyes on malaysia yang kena sita. Kalau nak ziarah syurga maksiat jom la datang ke melaka.

    ReplyDelete
  7. Ermm..kawan2 tak sume org melaka tu tak baik/ pengotor...same2 la kita doa agar lps nie kebersihan negeri diorg berada pd tahap yg memuaskan..Insyaallah...

    ReplyDelete
  8. Ish..kesian Bujang Susah jd anak Melaka..Jangan macam tu..betul kata sakura putih..
    Agaknya sebab tu ke Datuk Shah Rukh Khan tak jadi datang hari tu kut..

    Kuch..kuch kotor he..

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.