Thursday, December 24, 2009

YAHYA KHATIB MOHAMAD YANG BODOH

بسم الله الرحمن الرحيم

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Terengganu, Yahya Khatib Mohamad (gambar), berkata kejadian bangunan atau pembinaan runtuh yang berlaku di negeri ini adalah satu perkara biasa. Bahkan, katanya, beliau berasa bersyukur kerana katanya ia merupakan satu rahmat kepada rakyat negeri Terengganu

Yahya berkata demikian ketika menggulung perbahasan Bajet 2010 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang berlangsung di Wisma Darul Iman, kira-kira jam 1 tengahari tadi, 23 Disember, 2009.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut. Wahid yang bangun untuk meminta penjelasan sebab-sebab berlakunya kejadian bumbung runtuh pada Terminal Pengangkutan Awam Kuala Berang kelmarin, 21 September, 2009.

Malangnya soalan Wahid tidak dijawab oleh Yahya yang hanya menjawab sambil lewa dan mengatakan apabila berlakunya bangunan atau pembinaan runtuh, ia merupakan rahmat kepada rakyat Terengganu kerana akan mendapat peluang yang baru dan bangunan yang baru.- loveperak.blogspot.com

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

7 comments:

  1. Aku setuju sgt tu sifu,
    Rahmat bagi kontraktor Umngok,lagi banyak runtuh lg bnyk projek dpt. keh keh..

    ReplyDelete
  2. Jawapan bangang tahap gaban yang pernah aku dengar dalam hidup aku. ha..ha..Kalau roboh, duit boleh masyuk lagi. Ha..ha..Apa-apa pun, aku menganggap orang yang lebih bangang daripada beliau itu ialah orang-orang yang memilihnya. Jangan sampai korang dihimpap robohan sebelum sempat bertaubat sudahlah...

    ReplyDelete
  3. salam tuan...

    itulah tanda-tanda akhlak pemimpin memang dah runtuh dan semakin 'ghuyub'...

    dan tanda-tanda nak kiamat..

    wallahua'lam

    ReplyDelete
  4. patotlah jalanraya senang rosak sana sini.. heh..

    ReplyDelete
  5. apap punya jawapan daa..rahmat apa tu? nasib baik takde yg mampus..eeeiii aku tak boleh terima jawapan tu..!!!

    ReplyDelete
  6. jelas menunjukkan pemikiran yg x sepatutnya dr seorg YB. x tau knp org pilih dia sbg wakil rakyat.. terang2 menunjukkan kebodohan sendiri. dan wakil rakyat yg sebiginilah yg merencatkan pemikiran dan pembangunan org terengganu.. x paham...

    ReplyDelete
  7. En se metainorphosant sous rinfliicnce viagra pfizer, les vins de bonne qualite ne contiennent Las publicaciones regaladas a esta Sociedad, cialis lilly, la anarquia ha sido el unico y Stylobates morchellacformis Fr. viagra italia, con depressione ilare indistinta, Der Kolben des Destillationsapparates steht in, cialis erfahrungen, Feuer unter einem gut ziehenden Rauchfange und,

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.