Wednesday, November 25, 2009

TAWARAN ISTIMEWA YANG KURANG PELANGGAN

بسم الله الرحمن الرحيم



Daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : "Seandainya orang ramai mengetahui betapa besar pahala azan dan menepati saf pertama di masa sembahyang berjamaah, kemudian mereka tidak menemukan jalan untuk memperolehinya melainkan dengan membuat undi atau giliran nescaya mereka akan berbuat demikian. Juga seandainya mereka mengetahui betapa besarnya pahala bersegera pergi ke masjid untuk melakukan sembahyang berjamaah, nescaya mereka akan berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Demikian pula seandainya mereka mengetahui betapa besarnya pahala sembahyang Isyak dan Subuh berjamaah, nescaya mereka akan datang untuk menghadirinya sekalipun mereka terpaksa berjalan dengan merangkak-rangkak" . (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Azan, menepati saf pertama, bersegera pergi ke masjid, mengerjakan sembahyang Isyak dan Subuh berjamaah adalah diantara amalan yang akan diberikan pahala yang amat besar sekali pada hari qiamat nanti. Kalau orang ramai mengetahui nilai ganjaran terhadap amalan-amalan ini dan diperlihatkan kepada mereka seperti gaji yang diterima pada setiap hujung bulan, mereka mesti akan berusaha sedaya upaya untuk merebutnya, bahakn mereka terpaksa membuat giliran untuk membuat agihan kepada orang-orang yang ingin mendapatkan peluang itu.

Namun kenyataanya bukan demikian. Banyak orang yang tolak menolak dalam melaksanakan amalan-amalan ini. Terkadang kalau ternampak saf pertama atau saf hadapan itu kosong, yang seorang mempersilakan untuk memasukinya dan yang lain pun begitu pula. Padahal dalam masalah seperti ini makruh mendahulukan orang lain. Peluang itu mesti kita rebut dan jangan diabaikan. Tetapi sebaliknya ada pula orang yang kalau makan bersama-sama, ia tidak berkenan mempersilakan orang lain untuk mendapatkan habuan yang lebih banyak daripadanya, padahal dalam keadaan seperti ini kita sangat disuruh untuk melebihkan dan mendahulukan orang lain.

Amalan-amalan yang disebutkan dalam hadith di atas ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan kesempurnaan sembahyang yang merupakan tiang agama kita dan berkaitan dengan sembahyang berjamaah yang merupakan syiar bagi kamu Muslimin. Oleh itu amalan-amalan ini sangat perlu untuk diperkemaskan dan disempurnakan. Kalau di zaman Rasulullah SAW, tidak ada orang yang ketinggalan dari menghadiri sembahyang berjamaah selain daripada orang-orang munafiq dan orang-orang Islam yang mempunyai keuzuran yang ketara sekali. Bahkan ada diantara sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang terpaksa dipimpin oleh dua orang anaknya untuk dapat hadir sembahyang berjamaah. Tetapi di hari ini, banyak masjid-masjid kosong dari sembahyang berjamaah dan banyak pula masjid-masjid yang hanya dihadiri oleh orang-orang tua atau pegawai-pegawai yang sudah pencen sahaja dan banyak pula masjid yang tidak sampai satu saf orang hadir sembahyang berjamaah di dalamnya. Maka dari kerana itu marilah kita bersama menegakkan syiar umat Islam ini dan InsyaAllah dengan itu kita akan dikurniakan kemenangan yang pernah diberikan kepada generasi yang dahulu.
-Sumber: http://tentera- allah.blogspot. com-

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

No comments:

Post a Comment

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.