Wednesday, November 4, 2009

MARA PERLU DIROMBAK

بسم الله الرحمن الرحيم


Apabila MARA atau Majlis Amanah Rakyat membeli komputer riba berharga RM84,000.00 bagi dua unit, maka ini merupakan satu tanggapan pertama dan senyum sinis masyarakat terhadap ketelusan kakitangan agensi ini dan ianya juga merupakan tamparan kepada kepimpinan di organisasi MARA sendiri.

Sebelum ini ramai kawan-kawan pernah membangkitkan tentang kelemahan dan masa hadapan MARA. Terutama sekali baru-baru ini apabila agensi ini dikatakan tidak cukup wang untuk disalurkan sebagai pinjaman atau biasiswa kepada pemohon yang layak melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Bukan setakat itu sahaja, MARA dikatakan mempunyai terlalu banyak unit-unit di bawah seliaannya. Ini termasuklah pusat latihan, skim keusahawanan, pembiayaan perniagaan, program teknikal, pusat industri, pusat pengajian, kolej, pengangkutan, pinjaman, unit saham dan sebagainya.

Ramai kawan-kawan yang pernah terlibat dengan pembelian unit-unit amanah di bawah MARA juga melahirkan kebimbangan.

"Dulu agensi ini boleh membayar dividen 30%-40% setahun. Sekarang tinggal 3%-6% sahaja. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kena lihat apa yang sedang dilakukan oleh pegawai-pegawai di bahagian ini" kata seorang pelabur.

"Apabila kita menelefon bertanyakan, pegawai-pegawainya tidak sensitif malah memberikan penjelasan sambil lewa" kata kawan tadi.

Jika boleh, keseluruhan MARA ini perlu dirombak. Ramai yang mengatakan kakitangan MARA menganggap agensi berkenaan sebagai milik elit. Banyak yang dirahsiakan di atas nama Bumiputera.

Sejak penubuhannya pada tahun 1966, sudah 22 Pengerusi dari kalangan ahli politik dilantik. Jangan-jangan pengerusi dan kakitangan hidup secara elit, esok lusa MARA secara fizikalnya dimakan anai-anai. Apa yang dikhuatirkan lagi ialah jika MARA merudum menyembah bumi. Pelanggan - pelajar, peniaga, pelabur, penyewa dan pembeli - tidak akan mendapat apa-apa faedah atau pulangan pun.
-- AFRAR YUNUS

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.

8 comments:

  1. Mungkin antara kos pembelian dia termasuk sekali dgn perkhidmatan amoi duduk atas riba sekali kot,sebab tu jadi mahal.

    ReplyDelete
  2. mara adalah harapan org melayu...

    klu nk kire logik, melayu mundur sebab mara....

    klu bangsa bkn bumi buat persatuan, mereka akan tolong smpai berjaya...

    tapi mara, mmg x bersungguh2 dan ada kes rasuah jutaan ringgit...

    kita ada mara atas dasar tolak ansur beri kerakyatan kpd bkn bumi....tetapi akhirnya mara sndiri dah meng"anak tiri"kan melayu...

    npaknya "malaysia boleh" utk non-bumi je laaa

    ReplyDelete
  3. nielah dinamakan perniagaan politik, kerajaan beri tender pada kroni2nye untuk membekalkan peralatan2 kerajaan.. jadi kroni2 nie gunakan kesempatan nie utk ambik komisyen yang banyak dari setiap pembelian.. bukan mara jer hadapi masalah nie, kebanyakan agensi kerajaan semua menghadapi masalah yang sama bile integriti diperkotak-katikkan..

    ReplyDelete
  4. Tu sebab orang-orang atasan kerajaan serta YB-YB umngok ni bermati-matian mempertahankan BN/UMNGOK. Semuanya kerana nak mengaut keuntungan dari kebodohan penyokong-penyokong mereka.

    Yang merana rakyat.. semua kena cukai. cukai plak asyik naik je. kimak punya kerajaan ni, kereta malaysia jual kat UK RM belas ribu jer. dah tu dengan segala ciri keselamatan yang sangat-sangat sempurna. jual kat rakyat sendiri sampai RM60-rm70 ribu. taik burung jatuh pun boleh kemik kempong.

    kerajaan umngok/bn ni memang natang babik laa..

    ReplyDelete
  5. patutlah I tak dapat pinjaman MARA , ada masalah dalaman rupanya

    ReplyDelete
  6. Cik Cookie xbayar lg hutang PTPTN bulan nih.hohoho

    ReplyDelete
  7. Adakah anda memerlukan pinjaman sebenar? Adakah anda pernah ditolak oleh mana-mana institusi, bank-bank kewangan dan syarikat kewangan yang lain? Jika ya, bimbang lagi kerana @ JESSICABROWNFINANCEFIRM kami adalah syarikat kewangan berpengalaman yang memberikan pinjaman mudah percuma kepada individu yang tulen dan serius, syarikat-syarikat, syarikat-syarikat korporat dan orang ramai pada kadar faedah 2%. Kami mempunyai akses ke kolam tunai untuk memberi kepada Sme dan mereka yang mempunyai rancangan untuk memulakan perniagaan tidak kira betapa kecil. Tetap yakin kesejahteraan dan keselesaan anda sahaja yang kami berada di sini untuk pastikan. Dapatkan berhubung dengan kami perkhidmatan pelanggan @ email: jessicabrownfinancefirm@gmail.com untuk maklum balas yang cepat dan pantas ......
     
                                        PEMOHON DATA DIPERLUKAN
     
     
    1. Nama
    2. Negara
    3. Alamat
    4. Jantina
    5. Pekerjaan
    6. Jawatan di tempat kerja
    7. pendapatan bulanan
    8. Jumlah yang diperlukan
    Tempoh 9. Pinjaman
    10. Agama
    11. Adakah anda memohon sebelum dan telah menolak? Jika ya
    12. Nyatakan sebab ..........................................
    ......................................................... ...
    ......................................................... ...
    ............................................................
    ......................................................... ...
     
     
     
    Seseorang sedang menunggu untuk bercakap dengan anda

    ReplyDelete
  8. kesaksian nyata dan kabar baik !!!

    Nama saya mohammad, saya baru saja menerima pinjaman saya dan telah dipindahkan ke rekening bank saya, beberapa hari yang lalu saya melamar ke Perusahaan Pinjaman Dangote melalui Lady Jane (Ladyjanealice@gmail.com), saya bertanya kepada Lady jane tentang persyaratan Dangote Loan Perusahaan dan wanita jane mengatakan kepada saya bahwa jika saya memiliki semua persyarataan bahwa pinjaman saya akan ditransfer kepada saya tanpa penundaan

    Dan percayalah sekarang karena pinjaman rp11milyar saya dengan tingkat bunga 2% untuk bisnis Tambang Batubara saya baru saja disetujui dan dipindahkan ke akun saya, ini adalah mimpi yang akan datang, saya berjanji kepada Lady jane bahwa saya akan mengatakan kepada dunia apakah ini benar? dan saya akan memberitahu dunia sekarang karena ini benar

    Anda tidak perlu membayar biayaa pendaftaran, biaya lisensi, mematuhi Perusahaan Pinjaman Dangote dan Anda akan mendapatkan pinjaman Anda

    untuk lebih jelasnya hubungi saya via email: mahammadismali234@gmail.comdan hubungi Dangote Loan Company untuk pinjaman Anda sekarang melalui email Dangotegrouploandepartment@gmail.com

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.