Tuesday, November 3, 2009

CAP SYOR ROKOK RM30 SEKOTAK

بسم الله الرحمن الرحيم



Persatuan Pengguna Pulau Pinang gesa kerajaan bendung tabiat merokok

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan supaya rokok berjenama di negara ini dijual pada harga RM30 sekotak yang mengandungi 20 batang. Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata ia bagi membendung tabiat merokok yang semakin serius di kalangan golongan muda terutama mereka yang berusia 18 tahun ke bawah.

Selain itu, beliau turut menggesa kerajaan menyekat penjualan rokok berjenama murah yang dijual pada harga antara RM2.20 hingga RM2.50 bagi 20 batang.

Antara jenama rokok murah yang mudah didapati di pasaran masa kini ialah Navy, Tex, American Legend, Bingo, Astro, Fisher, Virginia Slim, Paradox dan Lite-Up, Beliau berkata, lambakan rokok berjenama murah di pasaran negara ini semakin membimbangkan kerana ia menjadi pilihan golongan muda.
"Harga runcit bagi 20 batang rokok berjenama di Malaysia ialah RM9.30 sekotak, jenama murah pula dijual kira-kira 73 peratus lebih murah," katanya.

Katanya, hampir semua rokok berjenama murah tidak mempunyai amaran dan gambar oleh Kementerian Kesihatan sekali gus ia tidak menakutkan golongan muda daripada terus membeli dan menghisap rokok.Beliau mengalu-alukan langkah Kementerian Kesihatan menetapkan harga minimum bagi rokok 20 batang pada harga RM6.20 bermula Januari tahun depan.

"Bagaimanapun, harga itu terlalu rendah dan ia dikhuatiri tidak mencapai matlamat kerana pengguna masih mampu membelinya. Justeru, harganya wajar dinaikkan sehingga RM30 bagi 20 batang," katanya.
Harga rokok berjenama bagi kotak 20 batang di United Kingdom adalah RM36.60, Ireland (RM37.98), Singapura (RM27.80), New Zealand (RM27.20), Jepun (RM10.60) dan Sri Lanka (RM10.90).

Beliau berkata, gejala merokok di negara ini semakin membimbangkan dan lebih 50 peratus lelaki dewasa adalah perokok manakala kira-kira 50 kanak-kanak berusia bawah 18 tahun dikesan merokok setiap hari.

BS: Lembab juga otak presiden CAP nih. Kenapa mesti syorkan kepada harga rm30 sekotak je ? Syorkan la rm30 billion sekotak kan lagi senang. dah tentu arah sapa pun x berani nak isap rokok. Kalau x pun kenapa x syorkan kerajaan haramkan penanaman ataupun pengimportan hasil tembakau? Nama jer presiden, akai xda...

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.

13 comments:

  1. assalammualaikom,,,

    Haramkan aje rokok... atau kerajaan takut kalau diharamkan rokok tentu ramai yang mintak haramkan arak...

    maklumlah ada dikalangan org kerajaan kalau tak minum arak tak dapat la ilham untuk hancurkan negara

    nak bandingkan dengan negara luar konon.. tolong la bandingkan pendapatan perkapita negara2 tersebut.. kalau tak salah kerja 7e di jepun gajinya 13 000 sebulan... tak hairan la harga rokok 30 pun...

    Ingat lagi masa kerajaan nak uruskan harga ayam yang meningkat, boleh menterinya jawab jangan makan ayam. kalau itu jawapannya budak cacat mentel pun boleh da....

    penjarakan je budak sekolah dengan perniaga.. undang2 dah ada tak guna apa punya turrrrr

    ReplyDelete
  2. SOKONG Anakkhas 300%...!!!!!! 300% tu sama la dgn insurance kenderaan kat malaysia ni....

    Kerajaan malaysia memang pandai.. pandai tipu rakyat.. rakyat malaysia memang bodoh sbb suka kena tipu dengan kerajaan BN. Tu sebab menteri serta presiden ni suka mengeluarkan kenyataan2 yang bodoh nak mampos.

    ReplyDelete
  3. Tak mungkinlah depa nak naikkan sampai lagu tu puny aharga tapi harga akan mencecah sampai ketahap tu jugak suatu hari nanti..
    Kerajaan tentunya akan naikan tetapi secara beransur-ansur..Namun belanjawan baru2 ni tak ada sebarang kenaikan terhadap cukai rokok pun??Seperti selalu!
    Perokok bukannya sedikit..ramai tu..
    Terus melonjak RM30.00 pun payah juga ..nanti puak2 perokok tu boikot dan tak nak mengundi depa lagi how?
    Tentuny adepa dah pikiaq siang2 masalah sebegini rupa..ok
    Any way teman tak kisah ..berapa harga pun sebab teman tak merokok..Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. berani student skrg.
    zaman CC dulu tgk rokok pun cam tgk hantu.
    jumpa geng rokok mcm terserempak ngn hantu.
    perokok mati pun rupa hantu.

    p/s:click nuff CC ekk.

    ReplyDelete
  5. Salam saudara LanaBulu.. hehehehe... terima kasih atas komen saudara. apa yang saya kata itu hanyalah sebagai perumpamaan. maksud saya jika nak kuatkuasakan undang2 tu biarlah istiqomah. jika betul xnak rakyat merokok kenapa masih jual rokok? kenapa masih tanam tembakau? kenapa masih ada pengimportan sumbar dari tambakau?

    Maksudnya disini kerajaan ni kenakan cukai rokok yg tinggi bukan nak suruh org berhenti hisap rokok. Meraka tahu perokok tegar susah bak berhenti merokok. sebab itulah cukai rokok ni x pernah turun. sbb mcmana pun perokok makin bertambah jika dibandingkan dgn org yang nak berhenti merokok.

    So mereka akan mengaut keuntungan dengan kenaikan cukai rokok yang sentiasa naik, dengan alasan x berapa pandainya, supaya org berhenti merokok dan merokok bayahakan kesihatan. Menteri2 kat malaysia ni semua x hisap rokok agaknya.

    wallahualam.

    ReplyDelete
  6. Isu yg lebih besar ialah,isu kerosakan ahklak pelajar2 sekolah.Isu gejala anak luar nikah.Dah ada pelajar sekolah yg sanggup jadi pelacur.Jika pendidikan agama diberi secukupkan pada peringkat sekolah rendah lagi tidak timbul isu-isu ini.

    ReplyDelete
  7. Betul kata LanBulu,kerajaan takkan haramkan rokok sebab takut org tak undi dia,samalah dengan judi.kerajaan tak akan tutup kedai judi sedangkan tak ada satu agama pun yg kata judi itu baik.
    Kalau tutup pusat judi nanti org tak undi dia ,lagi satu cukai genting highland saja lebih setengah bilian setahun kerajaan sapu.Duit tu dah dicampur dlm perbendaharaan negara dan buat bayar gaji kakitangan kerajaan.
    sapa nak jawab tu

    ReplyDelete
  8. Bangang sungguh mamat sekor ni, baik lah xsah jual lansung benda makruh lama-lama boleh jadi haram....

    ReplyDelete
  9. salam.....

    "Katanya, hampir semua rokok berjenama murah tidak mempunyai amaran dan gambar oleh Kementerian Kesihatan sekali gus ia tidak menakutkan golongan muda daripada terus membeli dan menghisap rokok."

    satu kenyataan dangkal....sedangkan rokok yang ada gambau pun diorang beli...
    kalau dah namanya perokok tegar...ingat diorang takut ke dengan gambau2 tu semua?ada yang bijak...beli kotak untuk simpan rokok....

    nak jual rokok rm30 sekotak?
    andai kata yang dah stim nak merokok...tapi tak ada duit....apa cara diorang nak beli rokok?
    merompak?mencuri?alamat makin ramai la peragut kat malaysia ni...

    tutup jelah kilang rokok dan jangan jual lagi kat malaysia ni....

    ReplyDelete
  10. ataupun kita surau Jais tangkap sape2 yg merokok atau jual ke ok gak ni.fatwa kebangsan pun kata haram.

    ReplyDelete
  11. stuju2....org yg merokok ni,kdg2 bkn xnk berhenti tapi belum rasa sakit lg. Yg dah rasa sakit, mmg blh berhenti terus tp yg lain2 tu, masih terasa umur panjang lg kot....

    ReplyDelete
  12. cis..
    sek² tu bukan bimbangkan rakyat, tapi nk bahang pitih parok agi..
    kalu betul syg ke rakyat, sekat terus setiap batang rokok yg masuk..

    tu pun belum tentu berhasil..
    selagi mane rasuah dok habis, selgi tu la takkan selesai..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum semua,

    Saya setuju dengan anda semua. Kalau betul kerajaan BARANG NAIK(BN) ni nak bendung gejala merokok ni, mereka akan terus tutup kilang rokok.

    Tetapi mereka ni tak pernah serius pun dengan masalah yang melanda. Yang mereka tau, jajji dapat duit unyuk besarkan perut dan nafsu diaorang, jalan.

    Quran kata HARAM pun diaorang sanggup halalkan. Sudahlah BN, kembalilah kepada hukum Islam,pasti segala masalah akan selesai.

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.