Wednesday, November 4, 2009

ALLAH PEMBERI REZEKI

بسم الله الرحمن الرحيم

*
Diceritakan oleh Syeikh Malik bin Dinar bahawa ketika beliau sedang makan di dalam rumah, tiba-tiba beliau terpandang seekor kucing datang meluru ke arahnya. Lantas mengambil seketul daging dari pinggannya lalu melarikan diri.

Beliau terperanjat melihatkan yang demikian. Walau bagaimana pun beliau terus bangun lalu mengikut dari belakang ke manakah si kucing tadi membawa seketul daging tersebut. Rupa-rupanya si kucing berlari sambil menggigit seketul daging menuju ke sebuah lubang. BIla sampai di depan lubang tersebut si kucing pun mencampakkan daging yang digigitnya itu. Lalu berundur sedikit ke belakang.

Tidak lama kemudian rupa-rupanya keluar seekor ular yang buta kedua matanya lalu memakan daging tersebut.

Begitulah Allah SWT memberi rezeki kepada sekalian makhluk-Nya.

*

-- Lenggang Kangkung (tunang@yahoo.com)


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.

5 comments:

  1. pernah baca kisah nih.
    xpun ayah yang citakan.
    Cik Cookie igt2 lupa.

    tapi skrg manusia xde mcm kucing tuh.
    masing2 nak jaga pewot masing2.hurmmm

    ReplyDelete
  2. Malas nak cerita...cubalah tengok, fahamkan dan fikirkan. Kalau benar2 berminat join lah....wasalam

    www.getpay2click.com/v1/index.php?ref=ruslina

    ReplyDelete
  3. saya pernah terbaca; "ulat didlm tanah diberi rezeki oleh tuhan,burung yg didalm sarangnya pun diberi makan oleh tuhan dan ikan yg berada didlm air juga diberi rezeki oleh tuhan...jgnlah bersedih hanya kerana soal rezeki..
    "sebagaimana burung yg diberi rezeki, yg terbang berangkat dgn perut kosong dan kembali dgn perut kenyang."(Al-Hadis)

    ReplyDelete
  4. selalu ceritakan benda benda macam ni pada anak anak

    ReplyDelete
  5. Fatmawathy!!! web tu adalah penipu kan?????

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.