Wednesday, October 14, 2009

ADNAN TUKANG JOLI RAKYAT TUKANG BAYAR

Bismillahirahmannirahim..

Adnan tidak perlu bayar RM63 juta


PUTRAJAYA - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (gambar) tidak perlu membayar RM63 juta kepada sebuah syarikat pembalakan seperti yang diperintah oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini, demikian diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di sini semalam.

Hakim Datin Paduka Zaleha Zahari, yang bersidang bersama Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, mendapati Menteri Besar itu tidak sepatutnya dinamakan sebagai responden dalam prosiding semakan penghakiman yang dipohon oleh Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd. bagi mendapatkan bayaran itu daripada kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, wang berkenaan masih perlu dibayar kepada syarikat berkenaan kerana keputusan semalam tidak melibatkan keputusan utama (memerintahkan kerajaan Pahang membuat bayaran RM63 juta itu) oleh Mahkamah Tinggi pada 2007. - Bernama


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

7 comments:

  1. DI malaysia pemimpin begini disanjung ...lu rasuah tak pa..janji bg rakyat skit pun jadi lah..x caya buat pilihanraya tgk kat tmpat adnan tue..sultan pahang siap support lagi..apo nak dikato laie jang..

    ReplyDelete
  2. Salam Sejahtera, blog anda adalah salah satu blog yang pasti saya surf setiap hari, untuk membaca dan mencari ilham bagi menulis ke blog saya pulak, ada juga yang saya ciluk aje, yang penting matlamat kita sama, UNTUK MENJATUHKAN UMNO/BN.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  3. yelah..seingat saya berita ni tak digembar-gemburkan pun dalam media massa sangat. Keluar sekali je. Cuba kalau Adnan ni dari parti politik lain mau sampai hari pun x stop lagi kisah ni dalam media. Media..media...!?

    ReplyDelete
  4. Eh .. adnan penyapu ni yang buncit perut makan duit, kerajaan negeri pahang plak yang kena bayar? ni apa kes ni...?

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.